Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010 Genap 2 tahun di sini

Yaa.. Hari ini 20.10.2010 genap 2 tahun saya bekerja di sini. Tak sangka rezeki saya masih di sini lagi. Tak pasti sampai bila. Kalau ada rezeki lain yang lebih di luar sana, mungkin akan dipertimbangkan =). Dah selesa sangat di sini dgn environment & colleague, workload juga tidak membebankan. Buat kerja dengan selesa & releks tanpa stress & tekanan. Cuma yang ada stress emosi & dalaman yang tidak ada kene mengena dengan kerja. Apa daa... Hehe..

Resume pun sudah 2 tahun tak berupdate. Jobstr*et apetah lagi. Sumer dah out dated. Bila la nak update ni.. Angan2 nak sangat keje gomen, tapi gi exam dah berpuluh kali, satu pun tak sangkut.. Aduhaii... Belum rezeki lagi agaknya...

Monday, October 18, 2010

Lama betul tak update..

Ye.. mmg lama dah tak update.. Bz dengan kehidupan sejak bergelar isteri & ibu.. hihi.. Siang bz bekerja + part time bisness, malam pulak bz jadi surirumah.. Rutin harian yang sama dan tak penah putus2.. haisshh..

Banyak cerita boleh dikongsi di sini, tapi tangan pulak malas betul nak menaip.. Last2 cerita tu dah basi, so dah jadi tak best lak + takde mood dah nak cite..

Raya hari tu adalah buat sikit jamuan raya kecil2an.. Ada yang di jemput, ada yang tak sempat di jemput.. Jgn kecik ati ya pada yang tak dijemput.. Bukan takmo jemput, tapi tak sempat.. Maklumlah, last minit punya cadangan tuh.. Pada yang dijemput & tak datang, KENAPA tak datang ya?? Puas tau tunggu2 tapi batang hidung pun tak nampak.. Tahun depan kalau ada rezeki nak buat lagi, takmo dah jemput lagik.. Sedey i tauu!!


14 Oktober yang lepas, genap usia Sofea 1 tahun.. Alhamdulillah, anak ibu membesar dengan sihat & cerdik! Moga jadi anak yang berguna & juga solehah ye syg! Muahs!



Sofea berposing jam 5 pagi pada 14 Oktober 2010... 1 year old!!

Friday, September 24, 2010

Salam Aidilfitri

~Sofea adalah orang yg pertama siap berbaju kurung di pagi raya~

Rasanya, masih belum terlalu lambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua rakan2 blogger yg mengenali. Mmg saya akui saya mmg sudah jarang sangat update blog ini sejak aktif ber bisness online ni. Apetah lagi nak melawat blog kawan2 yg lain. *sigh

Raya hari tu, saya beraya bersama keluarga mertua pada hari raya pertama di Kajang. Selepas solat Aidilfitri, kami berkonvoi balik ke kampung sebelah mak mertua di Kota, N9. Tidur semalam di sana dan kami balik ke kampung family saya pula di Alor Gajah, Melaka. Perjalanan hanya mengambil masa setengah jam saja. Hehe.

Hari raya ke 3 dari Alor Gajah, kami terus zaasss ke Ipoh, ke rumah ibu saudara hubby. Kemudian bermalam di Tapah, juga rumah ibu saudaranya. Sempat la kami beraya ke 2,3 buah rumah saudara di sekitar Tapah & Kampar. Malam esoknya, pukul 8.30 malam kami zass balik ke Kajang, dan sampai di rumah hampir ke pukul 12mlm.

Hari selasa tu, kami lepak2 di rumah saja, sebab esoknya rabu saya sudah kerja semula. Pergi keja pun syarat jer, masih dalam mood raya lagi.. Huhuuu...

Macam mana raya anda? Mesti seronok kan... :)

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa untuk semua kawan2 yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan seribu satu rahmat buat kita seluruhnya..

Tak lupa juga si tecik ini sibuk jugak utk bangun jam 5 pagi untuk sama2 bersahur (tapi dia ralit tgk org berzikir kat astro oasis)..

Monday, August 2, 2010

I'm back!!

Fuuhhh.....!!! Habukkk!!! Accummmm!!! Ops!

Aiseh, lama sungguh tak jenguk blog ni.. Dah berhabuk setebal buku dah... Sejak menjalankan bisness online (secara part time) ni, dengan kerja lagi, mmg tak menang tangan di buatnya..
Tapi syukur Al-hamdulillah, bisness berjalan lancar.. Ada rezeki di situ kalau kita berniat baik dan ikhlas :)

Seronok bisness online mcm ni.. Masa kita flexible.. tak terikat.. masa lapang dapat di isi dengan aktiviti2 bisness ni... banyak kebaikannya.. tak terkira! Tapi nak kata untung ratus2 tu takde la.. Apelah sangat bisness baju baby and kids mcm ni, bukannya untung sampai boleh bukak kilang pun.. hehe..

Cuma sejak berjinak2 bisness online ni, byk yg saya dapat belajar.. Terutama tentang melayan kerenah customer. Ada customer yang senang jer deal, bayar & setel! Tapi tak kurang jugak ada customer yg byk songeh! Nak itu, nak ini, nak tukar lah, macam2! Nape tak tgk size & ukuran terlebih dahulu sebelum membeli? Tu belum masuk lagi yang dah order itu ini, sampai cecah RM 200, end up ape yang jadi? Hilang, senyap!! Mula2 mmg sabar, sabar dan sabar.. last2 bila takde respon, sms tak berjawab, call tak berangkat, email tak ber reply, last2 biar mcm tu jer.. Mmg dah blacklist dah orang2 mcm ni. Sorry ya, kalau order lagi, mmg takkan di layan!

Bukannya apa, kalau korang dah order dan kita dah reserved brg2 utk korang, tak ke peluang tu dah tertutup utk potential customer lain yg betul2 nak beli brg tu? Tak baik lah buat mcm ni kan?? At least kalau tak jadi tu, inform la awal2.. takde la buat kita tertunggu2... Kita pun tak kan nak marah pulak kalau u all tak jadi amek.. haisshh!!!

Ok la, nanti cite lagi, nak kena sambung wat keje plaks.. see u later!

Friday, May 14, 2010

Tiket Final


As IR*S adalah salah satu penaja terbesar sukan Badminton Piala Thomas & Uber kali ini, maka dgn ini saya ada DUA tiket free untuk masuk ke final ahad ini. Anda mahu? Ermm... RM200 boleh? Ekekeke...

p/s: Bangga beb banner IR*S berdiri megah di tepi gelanggang! Tabiikk!!! :)

Sofea 7 bulan

~ Gambar semasa akikah berusia 4 bulan ~

Hari ini genap Sofea 7 bulan..
Alhamdulillah Sofea makin sihat dan bijak sekarang..
Ibu dan abah sayang Sofea sgt2... :*