Tuesday, December 29, 2009

Pengalaman Bersalin

Atas permintaan seseorang, saya ceritakan pengalaman bersalin saya pada semua..

8 Oktober '09

Mengikut perkiraan doktor, tarikh due bersalin saya adalah pada 8 Oktober '09. Saya juga telah mengambil cuti beberapa hari awal sebagai persediaan untuk bersalin. Badan pun sudah tak larat lagi nak bergerak banyak untuk ke tempat kerja. Namun tanda2 awal atau rasa sakit untuk bersalin langsung masih belum ada...

9 Oktober '09

Masih menunggu tanda2 namun tiada.

10 Oktober '09

Tunggu..

11 Oktober '09

Tunggu lagi... hurrmm...

12 Oktober '09

Ambil keputusan untuk ke Ampang Puteri bertemu doktor. Dah overdue 4 hari. Masuk sekejap ke Labour Room untuk buat ujian CTG. Sudah berlaku sikit kontraksi. Doktor bagi pilihan samada untuk terus menunggu atau terus masuk wad. Doktor scan baby kat dalam ok, takde ape masalah pun.

So, after bincang2 dgn hubby & mak, kata sepakat telah dibuat. Wad telah di book untuk kemasukan pada malam hari tu gak. Packing barang2 untuk dibawa ke hospital dan bertolak lepas maghrib. Pelbagai perasaan bercampur baur timbul sebab seumur hidup saya tak pernah sekali pun saya dimasukkan ke hospital. Mujur hubby sudi menjadi peneman setia sepanjang berada di hospital.. Thanks syg..

13 Oktober '09

5.00 pagi ~ Nurse dtg untuk beri ubat. Induce! Sakit sekejap. Kontraksi masih di peringkat awal.

12.00 tengahari ~ Masih belum ada apa2 tanda. Doktor beri lagi induce. Induce kali ke-2! Fuuhh...

10.00 malam ~ Doktor arahkan saya dipindahkan ke Labour Room.. Hubby tido di wad, manakala saya tido di Labour Room. Sorang2!

14 Oktober '09

5.00 pagi ~ Masih belum terasa sakit apa2. Jadinya, induce kali ke-3! Arghh!

10.00 pagi ~ Waktu ni, kontraksi dah mula memuncak. Setiap 5 minit. Tapi jalannya masih belum buka.. Baby masih ok kat dalam. Seronok agaknya baby dok kat dalam sampai takmo keluar dari perut ibu nya ni.. huhuhu...

12.00 tengahari ~ Bincang2 dgn doktor. Doktor beri peluang untuk tunggu saja atau bedah. Terpulang pada patient. Sebab baby kat dalam ok. Namun akhirnya kata sepakat dicapai. Saya memilih untuk dibedah. Sebab? Sebab saya dah terlalu letih melalui kontraksi. Saya takut andai saya tak punya tenaga pula untuk bersalin normal nanti.

1.45 petang ~ Saya ditolak ke bilik bedah. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya kala itu. Rasa sebak sangat bila menatap wajah hubby dan mak yang setia di sisi saya. Kemaafan dipinta andai mungkin itu saat terakhir yang saya ada. Ajal maut tiada siapa yang tahu. Kematian semasa bersalin adalah satu perkara yang sentiasa dalam fikiran saya saat itu. Saya hanya berdoa dan bertawakal pada Tuhan. Saya redha andai itu berlaku..


2.15 petang ~ Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan comel seberat 2.9kg. Dapat tidur bersama baby sepanjang malam walaupun masih tak dapat bangkit dari katil lagi.

15 Oktober '09

Saya masih tak dapat bangun dari katil dan doktor masih larang saya daripada makan. Lapar!

6.00 petang ~ Gagahkan diri untuk bangun. Tuhan saja yang tahu kesakitan yang saya alami. Ini salah satu ujian dariNya. Saya harus kuatkan semangat. Berkat dari pertolongan dan sokongan daripada hubby dan nurse di situ, akhirnya dapat juga saya bangkit dari katil. Pedih terasa di seluruh bahagian perut. Saya harus kuat. Baby terpaksa dihantar ke bilik nursery sebab saya tak mampu untuk menjaganya pada malam itu. Kesakitan yang teramat sangat. Tambahan, saya perlukan rehat.

16 Oktober '09

Saya masih berada di hospital. Sudah boleh berjalan tapi teramat perlahan. Ramai pelawat dan saudara mara yang datang. Terharu sebab dapat banyak hadiah dan hamper dari mereka. Thanks all!

17 Oktober '09

Balutan luka telah dibuka oleh doktor. Alhamdulillah, luka saya cepat kering. Dan saya dibenarkan pulang. Syukur.

Saya telah berada di hospital selama 6 hari sebelum dan selepas bersalin. Pengalaman ini banyak mengajar saya erti sebuah pengorbanan seorang ibu.

Monday, December 21, 2009

Sofea jalan2..

Diperkenalkan ini Sofea, anak kesayanganku
Kejap je masa berlalu kan?
Weken lepas first time bawak dia jalan2 gi shopping kat jusco naik stroller..
Ingat nak bagi dia hepi, rupanya dia bantai tido dlm stroller.. Huhu..
Semalam lak try bawak dia gi kenduri kawen..
Pun dia bantai tido gak..
Dah nak balik baru nak bukak mata, tapi terus mengamuk nak susu..
Ape pun, Sofea tetap anak ibu...
Muaahhhss...

Friday, December 11, 2009

Fuhhh.. fuhh....

Salam semua..

Walaaa.. lamenyer tak update blog ni. Dah berabuk. Fuh.. fuhhh...

Dah seminggu saya start keje semula. Dah lama tak keje rasa mcm malas jer nak gi keje. Asyik tingat sofea kat umah jer.. uhukkk... rindu laa.. tu la orang kata, bila dah ada anak sendiri nih, perasaan jadi lain. Perkara lain sume dah tak penting, yang penting kepala asyik ingat kat baby jer.. Rasa macam tak nak keje, pastu nak dok umah jer jaga baby.. bole gitu? haihh... tak boleh maaa... dok kl ni tak cukup kalau sorang je keje... isk...

Habis je pantang, terus duk umah baru. Alhamdulillah, penantian kami berakhir juga. Duduk rumah sendiri. Ada kehidupan sendiri. Pagi2 dah jadi rutin harian hantar sofea ke rumah mak mertua, then baru gi keje. Kdg2 terbabas gak bangun pagi. Yelah, ada anak kecik nih, tidur pun tak menentu. Time tgh2 malam tu la dia bangun nak ajak kite main2. Huh, sabar je lah.

Kalau boleh macam2 nak cite kat sini. Tapi masa n keadaan tak mengizinkan. Skrg ni pun opis sibuk nak wat annual dinner. First time tu saya nak gi annual dinner next week. Takde pengalaman sebelum2 ni pun. Baju pun dah siap sewa. Kene ikut tema. Kalau tak, malu la sume org pakai ikut tema. Isk, takpe lah, sesekali ape salahnya. Harap2 ada lucky la utk lucky draw nanti.. Tv LCD tuh.. huhuuh...

Saturday, October 24, 2009

Sofea Nabiha

Sekarang sedang berpantang di rumah mak di Ampang. Hari ni dah masuk hari ke 11 saya berpantang, Sofea pun sudah berusia 11 hari. Rasa kejap sangat masa berlalu. Seronok bila ada anak sendiri. Pengalaman yang sukar untuk diungkapkan dengan kata2... Hilang segala kesakitan bila pertama kali menatap mata si kecil ini...


Ibu berjanji akan membesarkan Sofea Nabiha dengan penuh kasih sayang...

Sunday, October 18, 2009

Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9kg pada hari Rabu, 14 Oktober 2009 jam 2.15 ptg di Hospital Pakar Ampang Puteri.

~ Baby Sofea ~

Terima kasih atas doa yang tidak putus2 dari kalian semua.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Sekarang ni mesti ramai yang dah mula bercuti kan? Maklumlah, tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Bagi yang ada kampung nun jauh, pastinya merancang untuk pulang ke kampung lebih awal. Manakala bagi yang beraya di sekitar KL sahaja, mungkin masih sakan lagi menyediakan kelengkapan2 pakaian baru dan kuih-muih untuk menyambut hari raya walaupun pada saat2 akhir.

Di kesempatan bulan yang mulia ini, ingin saya menghulur sepuluh jari, memohon ampun dan maaf andai selama persahabatan kita samada di alam realiti ataupun di alam maya, ada tersilap kata, terkasar bahasa, dan mohon halalkan makan minum saya selama ini samada sedar atau tanpa saya sedari. Saya sebagai manusia juga mmg tak kan dapat lari dari melakukan kesilapan. Mohon ampun maaf yer kawan2.. =)

Persiapan raya saya hanya sekadar apa yang ada sahaja. Kuih muih hanya mampu di beli sahaja. Nak buat sendiri mmg dah tak mampu. Baju raya? Jauh sekali. Sebab mmg tak muat dah nak pakai baju kurung raya. Saya hanya sempat capai 2 helai blouse maternity yang murah. Cukuplah dapat dipakai berulang kali di hari raya dan untuk berjalan2 ke rumah saudara mara =)

Oklah, saya hanya akan bercuti seminggu sahaja pada hari raya ini dan akan mula bekerja semula pada hari isnin minggu yang berikutnya. Pada yang memandu jauh, hati2 di jalan raya. Jaga diri dan keselamatan keluarga tersayang anda.

Jumpa lagi selepas hari raya, Insya-Allah... =)

Penghujung Ramadhan

Sedar tak sedar, kita sudah hampir ke penghujung ramadhan. Terasa macam baru sekejap sangat kita berpuasa kan? Alhamdulillah, setakat ni saya masih dapat berpuasa penuh. Syukur Tuhan berikan kekuatan buat saya untuk terus berpuasa walaupun tengah sarat sekarang. Mungkin ini berkat bulan ramadhan daripada Tuhan buat semua umat Islam termasuklah diri saya. Saya akan cuba berpuasa hingga ke akhir ramadhan. Insya-Allah.


Dalam berpuasa dan dah nak raya pun, adakah anda semua sudah menunaikan zakat fitrah? Bagi yang belum, cepat2lah buat. Perkara wajib zakat fitrah ni pada semua umat Islam. Sekarang ni pun kita boleh jumpa amil di mana2. Di pasar ramadhan dan di pusat2 membeli-belah pun kadang2 kita boleh jumpa para amil ini. Jadi jangan beri seribu alasan yer =)


Dan Insya-Allah, lebih kurang 2 minggu selepas raya, dijangka zuriat pertama kami akan dilahirkan. Segala persiapan sudah di sediakan dan barang2 telah beli. Yang tinggal hanya menanti dan menghitung hari saja. Doakan segalanya selamat buat saya dan bayi kami nanti =)

Thursday, September 10, 2009

20 Ramadhan

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 20 Ramadhan kan? Cepat sungguh masa berlalu. Sampai tak terasa penat berpuasa langsung =). Syukur Alhamdulillah, so far saya masih mampu untuk berpuasa penuh dan berharap saya dapat berpuasa hingga ke penghujung Ramadhan nanti. So nanti tak payah la susah2 nak ganti puasa tahun depan, ye tak? =)

Cuma yang sedihnya saya tak mampu untuk ke masjid / surau untuk menunaikan solat sunat terawih.. Yelah, dengan keadaan badan yang tak 'seimbang' ini, kejap ok, kejap tak, saya jadi tak berani untuk keluar rumah. Ditambah pula dengan kes penyakit influenza sekarang ni. Buat saya jadi lebih berhati2 dan takut untuk keluar ke tempat awam sebarangan. Hanya jika benar2 perlu sahaja saya akan keluar, itu pun dengan memakai topeng muka. Maklumlah, saya termasuk golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Jadi saya perlu lebih berhati2.

Insya-Allah, lagi 10 hari lagi kita akan menyambut hari mulia, hari raya. Macam mana persiapan korang sume yer? Mesti meriah tahun ni kan? Dapat berkumpul di hari raya bersama2 keluarga tersayang. Saya pula, tahun ni adalah tahun pertama saya beraya sebagai seorang isteri. Dan tahun ini juga saya akan beraya bersama keluarga mertua. Oh, sedihnya tak dapat pulang beraya bersama keluarga saya seperti sebelum2 ni. Dalam perkahwinan perlu ada pengorbanan kan? Oh~ =(

Saya pula, tahun ni tak da buat apa2 persiapan pun. Tahun lepas, ada la juga rajin tolong mak buat kuih raya sikit2. Mak pula sudah tak berdaya lagi nak buat sorang diri. Yelah, dah takda pembantu di dapur, mana larat dia nak buat sorang2. Jadi nampaknya tahun ni beli kuih tunjuk je la =). Tentang baju raya pula, oh tidak! Saya langsung tidak ada baju raya tahun ini. Baju raya tahun2 lepas pun tak boleh pakai lagi, sebab dah tak muat. Saya kan sudah 'gemuks', ahaks! So terpaksalah pakai baju apa yang muat jer.

Bagi saya raya tahun ni biasa2 saja. Saya tak begitu teruja sangat. Cuma 1 perkara jer yang membuatkan saya teruja dan tertunggu2. 8 Oktober 2009 ~Insya-Allah, saya bakal menjadi seorang ibu pada zuriat pertama kami =)

Note : 28 days to go! Errrkk.... =)

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan pertama

Ramadhan tahun ini pertama kali di sambut berdua bersama suami tercinta. Bersahur bersama dan berbuka bersama. Walaupun sering balik berbuka dengan orang tua, namun kami tetap merasainya bersama. Hanya sekali sahaja kami dapat berbuka hanya berdua. Itupun dengan hanya membeli makanan dan kuih muih di bazar ramadhan sahaja. Hari yang lainnya, kami berbuka di rumah orang tua kami.

Jadi semalam kami bercadang untuk berbuka berdua di luar. Kami berbuka di sebuah restoran di area Serdang. Mujur kami antara orang yang terawal sampai. Jadi meja masih ada banyak lagi yang kosong. Menu kami adalah nasi putih, tom yam campur, sayur kailan belacan, telur bungkus dan sotong goreng tepung. Seronok dapat berbuka berdua :)

Namun jelas jauh di sudut hati saya, saya amat terkilan sebenarnya. Terkilan kerana saya sendiri belum lagi mampu untuk menyediakan sendiri makanan dari air tangan saya sendiri untuk berbuka puasa terutamanya untuk suami. Bukan saya enggan memasak untuk suami cuma keadaan diri saya yang amat tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian. Alhamdulillah, saya sihat, cuma saya dah tak larat! Di tambah badan saya yang semakin 'memberat', sehinggakan nak berdiri lama pun saya rasa bagai nak pitam! Malah sekarang nak bersolat pun saya dah tak mampu untuk berdiri, jadi terpaksa bersolat secara duduk..

Mujur suami tercinta memahami keadaan diri saya.. :)

"Hanya tinggal sebulan sahaja lagi... Moga segalanya selamat dan dipermudahkanNya... Doakan saya.."

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Lahir Mak

Hari ini 26 Ogos 2009 genap usia ibuku 53 tahun. Selamat Hari Lahir mak. Semoga Allah panjangkan usia mak dan diberikan kesihatan yang baik2 untuk mak. Amin.

Saya rasa, semua orang sayangkan ibu masing2. Tak kira samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Kasih sayangnya tak pernah berbelah bagi dan terputus antara anak2nya. Bagi yang masih mempunyai ibu, sayangilah dan berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup.

Begitu juga dengan saya. Sejujurnya, saya terlalu menyayangi ibu saya. Bagi saya, dia adalah ibu yang terbaik dalam hidup saya. Tak mungkin ada yang lain. Sepanjang hidup saya, saya akan cuba memberikan yang terbaik buatnya. Apa yang diinginkannya akan cuba saya penuhi. Sebab saya takut kalau2 saya tak penuhinya nanti, mungkin saya akan menyesal seumur hidup biarpun perkara yang diingininya itu terlalu kecil dan mungkin remeh.

Saya akui, sejak berumahtangga, saya jadi sungguh manja. Berbeza benar dengan keadaan sebelum saya berumahtangga. Sebelum kawin, saya tak pernah mencium pipi dan memeluk ibu saya kecuali pada hari raya. Memang dari kecil lagi saya bukanlah seorang anak yang manja dan ini amat sukar bagi saya untuk meluahkan kasih sayang saya terhadap mak. Saya tak biasa.

Namun setelah kawin dan setelah tinggal berjauhan dari mak, saya dapat rasakan satu perasaan yang cukup jauh dalam sudut hati saya. Ya, saya sungguh takut kehilangan kasih sayang mak. Sudah berjauhan begini, baru saya dapat rasakan perasaan ini. Malah bila setiap kali melihat wajah mak, hati saya akan menjadi sayu. Disebabkan perasaan ini, saya sudah mula buangkan sifat malu saya selama ini untuk memeluk mak dan mencium kedua2 pipi mak setiap kali kami akan berpisah. Begitu juga dengan ayah. Saya akan mencium pipinya. Saya sudah tidak kesah dan malu lagi. Sebab saya rasa takut kalau2 selepas ini saya akan menyesal kerana tidak sempat mencium mereka lagi. Minta dijauhkan.

Teringat masa hari pernikahan saya awal tahun ini, mak menangis bersunguh2 semasa memeluk saya. Saya tahu mak bersedih sebab selepas ini saya akan berjauhan dari dia. Saya sudah ada suami dan tanggungjawab. Saya tak boleh sentiasa berada di sisinya selalu.

Airmata mak juga pernah tumpah semasa di awal perkahwinan saya dulu. Saya pernah membuat mak berkecil hati sehingga mak menangis. Saya akui, saya silap.

'Mak, maafkan akak. Akak berjanji yang akak tak kan buat mak menangis lagi..'

Ketahuilah sekiranya kita melakukan sesuatu perkara sehingga membuatkan ibu kita menitiskan airmata kesedihan, ini bermakna kita telah menyakiti hatinya dan ingatlah sentiasa bahawa Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu..

I Love You Mak....

Tuesday, August 25, 2009

Topeng Muka

Pertama kali semalam ke bazar ramadhan di area Bandar Kinrara. Walaupun baru pukul 5 ptg, tapi jalan dah mula penuh dgn kereta. Orang pun makin lama makin ramai. Bila orang dah mula ramai, mula lah rasa tak sedap ati jer nak jalan2 tgk2 makanan yang dijual dengan dekat. Tambahan, cuaca panas terik sangat petang semalam. Dugaan betul di awal ramadhan ini kan?

Bila orang dah mula ramai dan bersesak2, barulah rasa amat selamat sebab saya dan suami tercinta awal2 lagi dah mula pakai topeng muka. Walaupun ada yang memandang sinis melihat kami, tapi kami tak peduli pun. Mungkin mereka menganggap bahawa orang2 mcm kami yang memakai topeng muka ini adalah pembawa H1N1, dan mereka yang sihat tidak perlu memakainya? Tidakkah mereka tahu yang dengan memakai topeng muka ini dapat melindungi diri dari dijangkiti? Takkan dah kene penyakit ini, baru mereka nak memakainya? Cuma rasa kesian, pada ibu2 mengandung dan kanak2 yang dibawa bersama mereka dengan selamba tidak memakai topeng muka. Tidak takutkah mereka dengan penyakit kali ini? Adakah diri kalian sudah cukup kebal?

Minggu lepas kami ke hospital swasta di Ampang. Rata2 pesakit mahupun pelawat memakai topeng muka. Malah pintu masuk utama di lobi juga di kawal oleh kakitangan hospital untuk menjalankan pemeriksaan suhu badan ke atas ke semua pelawat yang keluar masuk. Termasuklah kami. Pemakaian topeng muka seakan menjadi satu kewajipan kepada kami sekiranya perlu keluar ke tempat2 awam.

Temujanji saya sepatutnya pada pukul 10.30 pagi, tapi entah mengapa ramai pula pesakit yang datang pada hari itu. Akhirnya, saya hanya dapat bertemu doktor 4 jam kemudian. Rasanya hospital swasta dah sama macam hospital kerajaan. Ingatkan bila kita ke hospital swasta, kita akan diberi layanan istimewa dan cepat. Tapi, sama saja. Bayaran tetap mahal. Bayangkan setiap kali rawatan, saya dikenakan charge rawatan tidak kurang dari RM200. Adilkah?

Eh, dah melalut rupanya saya ni. Memula cerita pasal topeng, sekarang cerita pasal bayaran hospital pula. Tak ke jauh perginya tu. Haha...

Okey lah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, diharapkan kita semua mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda di atas amalan puasa kita pada kali ini.

Monday, August 10, 2009

Ape yer...

Nak cite ape yer kat sini?... Nampak sangat yang saya dah lama tak updet blog ini. Ini disebabkan tahap KEMALASAN yang teramat tinggi di dalam jiwa utk mengupdet blog kesayangan ini. Nak kata bizi sangat kat opis, takde la bz mana pun...

Oh ya, sejak akhir2 ni penyakit H1N1 makin menjadi2.. Mangsa yang terkorban pun terus meningkat dengan mendadak. Jadi takut pulak nak keluar ke mana2 kalau tak perlu. Kalau benar2 perlu jer baru keluar. Kalau tak, baik duduk rumah diam2 jer kan?

Risau jugak dengan tahap kesihatan saya sekarang ni. Badan asyik panas jer. Tapi bukan demam. Cuma badan cepat sangat berpeluh. Tido malam dah tak leh pakai selimut dah. Panas! Pastu, bile nak bangun malam ke bilik air, mula la sakit2 badan susah nak bangun. Tangan, kaki dan badan cepat sangat terasa kebas2. Tido pun tak leh lama statik satu arah jer.. mesti nak kene alih2 badan. Dugaan... dugaan...

Ada orang kata 'besar'.. ada orang kata 'kecik'... mana satu nih?
Kalau kecik, saya akan jadi risau yang teramattt!!!

Lagi 2 minggu kita akan masuk bulan Ramadhan...
Sebulan lepas tu masuk Syawal...

Beberapa hari lepas tu... Errr....

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku itu nanti... Amin"....

Thursday, July 16, 2009

2 + 1

Cerita pasal semalam.. 15 Jul '09.

Saya MC. Tak sakit, cuma macam biasalah, saje! :p Eh tak la, bukan saje jer nak ponteng keje, cuma ada sikit hal kat spital nun. Dah alang2 gi spital, baik saya mintak MC terus kat doktor itu. Doktor itu sungguh bagus! Hehe..

Sebelum balik, doktor itu suruh saya singgah ke wad kecemasan untuk terima 1 injection. Waarrghh...! Rasa mahu menangis masa tu jugak tau! Saya benci kene inject! Benci!

"Teringat masa sekolah rendah dulu kene inject BCG kalau tak silap. Demam berhari2 sampai tangan tak boleh gerak.."

Sudahnya, hari ini saya ke ofis dengan sungguh tak bermayanya.. Seluruh tangan kanan saya terasa sakit dan lenguh2. Tido malam tadi pun tak boleh pusing kanan sangat. Sungguh sakit!

"Tadi telefon mak bagitahu kene inject semalam. Masa bercerita kat mak, saya rasa macam nak nangis je kat dlm tepon itu.." Oh! Saya sungguh manja dengan mak rupanya!

Saya kena inject ini semalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cerita malam tadi pulak.


Pegi makan steamboat kat Bandar Sunway dengan Suami Tercinta. Buffet. Makan sampai kenyang. Restoran halal. Ramai melayu. Ramai cha ya nun alif. Sedap tapi... tekak saya macam tak berapa best. Mungkin tak masuk selera kegemaran saya makan steamboat ni agaknya. Suami Tercinta sungguh laju makan di sebelah. Sampai tersandar kekenyangan. Nasib baik perut menten slim. Huhu..

Korang boleh try makan kat restoran ni >> Flaming Steamboat

"...Nak berbuka apa yer petang ni?..."

Monday, July 13, 2009

Selipar Sin Chan


Bagi peminat katun Sin Chan, ini bukan nak cerita pasal Sin Chan. Ini nak cerita pasal selipar Sin Chan. Saya baru beli selipar ini. Sungguh selesa bila dipakai. Tapi AWAS! hanya boleh digunakan di dalam rumah sahaja.

Saya beli bersama dengan Suami Tercinta di downtown, Cheras. Gagahkan diri jugak berembun di tengah malam semata-mata ingin memiliki selipar ini. Sungguh cute bukan? Err.. saya atau selipar ini?

Selalu kaki saya akan bengkak pagi2 semasa bangun dari tidur dan semasa tapak kaki menyentuh lantai marmar. Sungguh sejuk sampaikan tak larat rasanya saya nak berjalan2 di dalam rumah. Jadi dengan adanya selipar cute ini, kaki saya sudah kurang bengkaknya... Terima kasih selipar Sin Chan.. Hehe...

Friday, July 10, 2009

Ape ek?

Sila abaikan tajuk di atas.

Yang sebenarnya saya amat kekontangan idea sejak dua menjak ini. Sebab itu blog ini sudah menjadi habuk seperti biasa. Haha! Macam biasalah, bila lama tak updet, tu maknanya saya sudah kekontangan idea.

Ada banyak cerita yang boleh di share di sini. Tapi, asalkan nak mula menaip jer, saya jadik blur. Macam susah sangat nak karang ayat2 sekarang ni. Ish, susah betul kan?

Pagi2 seawal pukul 7.15 am saya sudah tercongok di meja opis. Apa mau buat? Keje pun setel. So kene la meng'online'kan diri ini. Sekarang ni baru 2 orang yang ada di floor saya ini. Mana yang lain ek? Ooo.. ye tak ye. Malam tadi opis ada buat event untuk launching produk dan servis terbaru company. Siap ada dinner sekali. Tak semua yang sertai, termasuklah saya. Siapa yang sertai, semuanya atas dasar tugasan semata-mata. Saya tidak dibenarkan menyertai sebab tak akan mampu untuk menjalankan tugasan itu dengan baik di sana nanti. Alasan, ahaks! =P

Launching
diadakan di Hotel Mandarin Oriental, KL. Di lancarkan oleh Tun M sendiri. Hotel 'cha ya nun alif'. Giler tak best. Sebab apa? Sebab mengikut kata2 senior opis ini, bila adanya event di hotel tersebut, pastinya ramai yang akan mabuk tak ingat dunia. Jangan kata 'cha ya nun alif' yang mabuk sampai muntah-pengsan-tak-sedar-diri, MELAYU pun sama!

Agak2 kalau saya join event tu walaupun atas niat dan dasar menjalankan tugas di sana semata-mata, adakah saya juga tergolong dalam insan2 yang BERSUBAHAT?

Ape nak jadik dunia sekarang ni?

Fikir-fikirkan, dan selamat beramal! Heh! =)

Thursday, June 25, 2009

Teka-teki

Eh.. saya bukan nak beri teka-teki.. saje buat tajuk camtuh.. huhu...

Sejak saya buat entry mcm kat bawah ni, ramai yang kata saya dah peknen.. Agak2 betul tak ek? Hahaha.. Saya tak nak jawab.. biar kowang sume teka sendiri.. Haha..

Saje nak kasi kowang tertanya2... atau pun saje nak kasi kowang SURPRISE! Hahaha.. surprise la sangat!.. huhuhu..


Nanti ada masa, kita jumpa la. Tu pun kalau msjbox ada wat aktiviti makan2 ker... Jemputlah saya. Boleh saya join makan sekali. Masa tu boleh la kowang tgk perut saya sama ada tekaan kowang betul ke tak.. Heh..

Kalau betul, tu maknanya kowang kene sediakan hadiah untuk baby saya nanti lah... Haha!

Tuesday, June 23, 2009

Payau

Sepanjang hari ini tekak saya terasa amat payau sekali.. Payau tu macam mana? Emm.. macam... entah.. macam mana entah! Susah nak explain. Makan ape sume tak rasa apa2. Lapar ada, selera pulak kurang sikit. Tapi perut dah lapar, kene la makan jugak kan? Eh ape yang saya merepek ni la.. huhu..

Dah la tekak dan seluruh mulut rasa payau.. keadaan sekeliling dalam opis ni pun terasa payau gak. Ehh, macam mana tuh? Entah.. hehe.. Mungkin la.. Mungkin.. Sebab dari semalam saya takda keje.. Takda keje? Abis tu datang opis sekadar nak tunjuk muka dan kehadiran lah kan? Ohhh.. sungguh tak best! Kan best kalau saya boleh balik rumah skrg jugak? Boleh golek2 atas katil, tido2, kemas2 umah, masak2 ape yg patut.. Wah, masak? Dah lama tak masak2 nih.. Asal balik umah je penat, kadang2 kalau larat baru masak.. Kalau tak?...

Hari ni saya start pakai jubah. Dah lama tak pakai jubah ni. Dulu masa sekolah2 zaman muda remaja dulu sangat rajin pakai jubah. Ni bila try pakai balik pagi tadi, suami tercinta awal2 dah puji, kata saya sungguh cantik pagi ni! Eh saya cantik ke, jubah ni yg cantik? *Sambil garu2 dagu..

Bukan apa, pakai jubah ni sebab baju sume dah tak muat... Saya sudah gemukss... Hahaha!

Dua Tiga Hari..

Dua tiga hari ni badan saya terasa amat penat sekali.. Lemah semacam.. Padahal tak de la buat aktiviti yang berat2 sepanjang hari. Hujung minggu macam biasa habiskan masa pergi ke rumah orang tua kami. Itu jer. Cuma ada 1 jer kenduri orang kawin kat depan umah. Tu pun saya tak menolong ape pun. Datang terus makan jer. Pastu tgk pengantin.

Sedang leka tgk pengantin berarak masa tu, saya dapat rasakan ada sepasang mata yang tak lepas memerhati saya dari jauh. Ya! Saya kenal sangat dengan pemilik sepasang mata itu. Pemilik sepasang mata itu, dulu pernah 'menoreh' hati dan jantung saya dengan kejam! Saya tak dapat lupakan itu semua. Ish, pergggiillaaahhh semua kenangan pahit!...

"Aku kini sudah bahagia dengan insan yang amat aku cintai, suamiku!"

Khabar angin yang saya terima baru2 ini, kau akan mengakhirkan zaman bujangmu akhir tahun ini. Aku doakan. Semoga kau bahagia hidup bersama pasanganmu.

Thursday, June 18, 2009

Audit untuk ISO

Fuhhh.. lega sebab baru lepas audit... Walaupun auditor tu tak sampai ke dept kami ikut jadual, tapi asalkan dia datang, dan dah setel.. cukup! Nasib baik dia tak cerewet mintak macam2.. Pandai Si Manager tu explain kat dia pasal project2 overseas yang dia handle.. Kalau dia takde, jenuh gak la saya nak menjawab bagi pihak dia tuh... Maklumlah, saya kan baru setahun jagung kat sini... Eh.. setahun ker? Tak la, tak sampai setahun lagi pun, baru 8 bulan..

Kak Siti pulak beruntung, sebab kebetulan dia ada hal, so dia AL hari ni. Dapatlah dia skip audit hari ni. Saya jugak yang cuak berdebar2 sorang2 tadi.. Huhu...

Banyak document tak dapat setel hari ni. Sebab nak kene dapat approval dari manager2 setiap dept. Carik2 diorang sume takde. Rupenyer ramai yang kene audit. Diorang sume kene turun production. Auditor dah sampai bahagian sana. Alahai... tertunda lagi kerja untuk hari ini...

Huarrgghhh.... ngantuknyer! Kan best kalau boleh balik umah skrg, boleh tido! Zzzzz....

Monday, June 15, 2009

Bunga-gerak-gerak

Saya sungguh teruja bila suami tercinta membawa pulang sepasu bunga-gerak-gerak yang sungguh cute! Dah lama saya perhatikan 'benda' ni dalam kereta2 orang. Dah merata tempat kami cari, tapi tak pernah jumpa. Akhirnya, nah! Jumpa juga! Tengkiu suami tercinta! =)

Sejak bunga-gerak-gerak ini berada di dalam kereta suami tercinta, mata saya tak berkelip-kelip memandang ke arahnya. Pergerakannya mampu membuatkan saya khayal sepanjang perjalanan. Sampaikan suami tercinta bercakap di sebelah pun saya tak sedar. Sungguh hebat penangan bunga-gerak-gerak ini rupanya! Huhuu....

Namun, kehadiran bunga-gerak-gerak ini sedikit sebanyak mampu membuatkan saya ceria dan tersenyum walaupun untuk seketika... :)

Sabarlah wahai hati.. kuatkan semangatmu...

Tuesday, June 9, 2009

Teruja..

Semalam ponteng keje.. Suami Tercinta AL.. So saya dengan suka-suki nyer pun amek cuti gak.. Suke ati jer kan amek EL.. huhu.. Alaa ramai staff yang takde kat opis. Keje2 pun takde sangat. Sume sibuk keje luar. Ada gi obersi, ada gi exhibition dan ada yang entertain visitor yang datang dari luar negara. Jadi, opis sure lengang sepanjang minggu ni. Jadi saya dengan senang hatinya menghantar sms ke amoi itu yang saya terpaksa EL. Huhu...

Bukan EL ape sangat pun. Cuma saya rasa MALAS yang teramat sangat untuk pergi keje. Plus Suami Tercinta pula tak berapa sehat. Jadinya saya takut menyusahkan dia jer nanti. Kami lepak2 dan tido2 saja di rumah sepanjang hari semalam. Best.. Best... Hehe...

Petang semalam gak kawan baik Suami Tercinta mahu datang ke rumah. Bawa wife dan baby girl nyer yang berusia 10 bulan. Wah, sungguh comel itu baby.. Bulu mata dia sungguh lentik, mata yang sungguh bulat dan galak. Baik jer dia tak banyak ragam. Suke sangat senyum dan sengih2 kat kami. Nak tunjuk gigi nyer yang comel yang baru tumbuh 2 batang atas dan bawah la tuh.. Eeeii... Geram sungguh! Huhu...

Lupe nak amek gambar baby tuh semalam.. Kalau tak, boleh tepek gambar dia kat sini. Ni yang buat kami teruja nak ada baby sendiri nih... Sabar... Sabar.... hik hik...

Friday, June 5, 2009

Hari ini hari...

Bosan!

Yer, sebab ramai opismet dalam dept saya ni bercuti. Amboi, mentang2lah cuti sekolah yer. Sume pakat cuti reramai. Jadi dengan ini tinggallah beberapa kerat jer staff yang ada. Nasib baik hari ini dah hari jumaat. So aura nak bekerja tu memang dah totally kurang lar.. hehe..

Petang semalam lepas keje gi lari dengan suami tercinta tengok wayang cite Terminator Salvation. Citenyer pada saya average jer la. Seat penuh, so tak dapat lar seat yang best2 kat belakang2 sikit. Sampai sakit gak la pinggang dan tengkuk saya masa menonton. Adeh..

Disebabkan malam tadi balik lewat, makanya pagi ini saya dan suami tercinta sungguh mengantuk! Rasa malas giler nak bangun.. Kalau boleh nak terus sambung peluk tido... Zzzz....

Semalam jugak dapat tahu yang istana idaman kami dah siap! Dan dah boleh amek kunci dalam hujung bulan ni.. Yeaahhoooo!! Alhamdulillah, tak sabar nih nak duduk umah baru.. Huhu...

Rumah sewa sekarang ni pun macam hampeh jer tuan rumahnya.. Yelar, macam buat tak tau jer bile kita report kat dia yang bilik air tu makin lama makin tersumbat teruk.. Kami dah lama minta dia datang bawak plumber, sampai ke hari ni langsung takde respon. Bz sangat ke Wahai Encik Tuan Rumah? Kalau kami tak bayar sewa nanti, baru tau langit tuh tinggi ker rendah... Bila dah dapat kunci rumah baru tu nanti, kami cadang nak terus pindah lar.. Dah tak tahan dah rasanya nak duduk rumah sewa nih lagi... Pening!

Tuesday, June 2, 2009

Training..

Hari ini hari Selasa. Nama saya naik untuk pergi training. Training dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 ptg. Training yang rasa-rasa saya training yang mengarut. Training berkenaan Microsoft Power Point. Kan ke mengarut tuh?

Kenapa saya kata training ni mengarut? Sebabnya, ada ke patut saya perlu dihantar ke training sebegitu? Saya apply training lain. Ni HR bagi training lain. Mereka tak semak ke dulu ape background study saya dulu? Saya mmg dalam background IT. So, patutkah saya dihantar ke sana? Bukan saya nak berlagak pandai atau ape saja. Cuma saya rasa non-sense!

Emm... pastinya training itu akan mem'boring'kan saya saja nanti. Tengoklah nanti...

Nota : Emosi dan perasaan saya tidak menentu ditambah dengan keadaan diri ini sekarang. Sungguh hebat ujian dariMu Ya Allah! Kuatkanlah iman ku..

Friday, May 29, 2009

Rezeki..

Alhamdulillah, saya menang Pertandingan Khat sempena 'Bulan Kesenian Islam' di ofis saya ini. Semalam adalah acara kemuncak dan penutup pada tahun ini. Saya sempat menyaksikan Pertandingan Nasyid antara department semalam. Mereka sungguh bersemangat sekali. Tapi sayangnya department saya langsung tiada penyertaan. Yelah, nak sertai macam mana, department saya ni staffnya majoriti kaum Cina. Orang melayu berapa kerat je yang ada.

Saya masuk Pertandingan Khat ni pun atas pujuk rayu sorang akak AJK ni. Katanya mereka kekurangan penyertaan untuk Khat. So saya pun dengan berat hati, daftar je lah nama. Menang tak menang lain cerita. Janji masuk.

Mula2 menggigil gak la nak tulis jawi dalam tulisan Khat ni. Mmg kena ada seni. Kalau tak, mmg out la. Kali terakhir saya belajar tulisan Khat ni pun rasanya masa sekolah menengah dulu. Siap masuk kelas Khat lagi. Belajar macam2 jenis Khat. Tapi sayangnya, lepas sekolah, sume jenis2 Khat tu saya dah lupa namanya.

Tapi akhirnya, tak sangka saya menang juga. Biar betul juri ni? Yelah, tulisan Khat saya manalah cantik mana pun kalau nak dibandingkan dengan peserta lain yang lebih berbakat. Tulisan saya simple-simple saja. Pelik sungguh macam mana saya boleh terpilih untuk menang Naib Johan yer? Huhuh...

Ape pun, saya syukur sangat2. Walaupun hanya sekadar menang pertandingan yang boleh dianggap 'kecil' ini, saya tetap rasa bersyukur. Sekurang2nya, saya dapat sedikit hadiah, buat peransang. Saya sungguh teruja sekali! Alhamdulillah... inilah dinamakan rezeki... =)

Tuesday, May 26, 2009

Mendung kelabu..

Hari ini cuaca mendung.. Semendung hati ku.. Cewahh!

Yelah, mana tak mendungnya, dah 2 hari suami tercinta pergi outstation.. Tengah malam esok baru flight balik ke kl. Rasa macam nak tunggu je dia kat pintu ketibaan sambut dia balik esok. Macam lama giler tak jumpa, alahai, rindu nyer..!

Teringat masa pegi Langkawi bulan lepas. Rasa macam baru pegi semalam jer. Tapi macam tak puas la 4 hari 3 malam kat sana. Bukan tak puas jalan2, tapi tak puas rehat2 tenangkan fikiran. Tup-tup tau2 dah nak balik jer. Asyik penuh dgn aktiviti jer. Ingat nak gi holiday2 lagi, tapi ke tempat lain pula la. Nak gi mana eh? Duit? Boleh korek sana-sini. Cuti?... Uwaaa!.. Saya mana ada cuti lagi. Company sekarang ni sekat cuti tahunan staf. Tak bagi staf amek cuti terlalu panjang dalam satu-satu masa. Hampeh sungguh!..

Minggu ni macam nak ikut diorang balik kampung Melaka. Minggu depan plak dah plan nak balik Perak. Dah lama tak balik kampung Melaka. Kampung Perak plak tak penah balik lagi, tapi penah singgah la dulu-dulu. Heh.. Teruja nih, tapi macam segan la plak nak balik, sure kene usik kalau diorang tgk keadaan saya skrg ini.. Huhuu....

Friday, May 22, 2009

Semalam dan hari ini..

Semalam saya bercuti. Pecah rekod saya untuk tahun ini kerana pertama kali amek MC. Tak sakit, cuma saja2 nak cuti. Tak plan pun nak cuti sebenarnya, tapi dah alang2 nak ke spital, baik saya terus cuti saja. Suami tercinta pun baru balik dari outstation yang jauh. So dia pun amek cuti skali. Sian dia penat jalan jauh. Jadi saya boleh temankan dia rehat2 =)

Makan dalam kuali

Yerr.. hari ini hari jumaat. Bosan kerja. Kerja dah setel pagi2 tadi. Skrg? Dah boring. Jadi kawan ofis ajak jalan2. Berdua aje. Ke Pavillion. Emm.. 1st time saya ke sana. Komen saya? Kat sana seolah-olah macam berada kat luar negara plak. Banyak kedai pelik-pelik pada saya. Food court pun banyak makanan pelik. Emmm.. macam tak 'masuk' lah dengan saya...

Petang ni nak masak ape plak yer? Ikan siakap ada dalam peti ais. Beli kat tesco hari tu. Masak sweet sour ok tak sayang? =)

Tuesday, May 19, 2009

Lamenyer..

Baru 2 hari dia pergi, saya dah terasa sunyi sgt. Yer.. terasa sangat2.. alahai, cepat la balik ke pangkuanku.. Aku merinduimu.. Ting Tong! Heh.. macam iklan bedak la plak.. huhu.. Minggu depan pergi lagi, bulan depan pergi lagi.. Saya jugak yang ditinggal-tinggalkan.. Tido peluk bantal je la gamaknya. Huhuhu... Sadisnyer!

Bulan depan dah start cuti sekolah, so banyakla kenduri kendara sana-sini. Hujung2 minggu pastinya tiada rehat, sudah full ok! Plan untuk cuti2 mesia bersama family tercinta pun terpaksa ditunda lagi. Tunda lagi! Sampai bile nak tunda nih? Tak kan nak tunggu sampai saya teeettttt baru on! Masa tu entah saya larat ke tidak lagi... heh...

Next month kawan baik saya masa kat sekolah dulu nak deliver dah. Sungguh cepat masa berlalu. Terasa macam baru je abis SPM sama2 dia, tup-tup skrg dah nak jadi mak orang. Wah, terujanya saya! =)

Friday, May 15, 2009

Sungguh rindu...

Amat sannggaaattt!

Yer, saya teramat rindukan mak. Sejak kawen ni, saya rasa terasa jauh sangat daripada kasih sayang mak. Tambahan selepas kaki mak bersimen, retak akibat tergelincir dan terjatuh di bawah tangga yang licin. Mujur retak di hujung jari kaki, kalau retak di tempat lain macam mana? Isshh... Jauhkan!

Skrg simen dah buka tapi kata mak kakinya kadang2 rasa ok, kadang2 membengkak lagi. Saya sungguh risau. Kalau saya masih lagi tinggal dengan mak, boleh saya jaga mak. Masak untuk mak. Sediakan apa saja keperluan untuk mak. Tapi... saya tak boleh... Adakah saya sudah jadi anak derhaka? :'( Setiap kali teringatkan mak, mata saya pasti berair... Saya sungguh rindu! :'(

Walaupun kini saya duduk berjauhan dari mak, ayah dan adik-beradik yang lain, saya harap mereka sihat2 saja. Setiap hari saya berdoa agar Tuhan memberi kesihatan yang baik kepada mereka. Begitu juga buat keluarga mertua saya. Saya amat cintakan kamu semua, keluarga bahagia saya....

Ya Allah, limpahilah kebahagiaan dan keredhaanMu ke atas kehidupan ku ini...

Thursday, May 14, 2009

Rumah baru...

Setelah berpenat-lelah berulang-alik dari Ampang-Kajang selama berbulan2 lamanya (terasa lama sgt walaupun baru 3 bulan), akhirnya kami nekad, redha dan tabah mengambil keputusan untuk duduk sendiri. Walaupun mahligai impian kami akan siap dibina dalam bulan Jun depan (Insya-Allah), kami tetap dengan pendirian kami untuk tinggal berdikari.

Tiada lagi masakan yang sedia terhidang di atas meja dikala kami sampai ke rumah, tiada lagi air susu yang sedia terhidang untuk sarapan, tiada lagi segala kemudahan dan kesenangan yang kami terima selepas ini.

Segala-galanya kini perlu diuruskan sendiri. Semuanya perlu dibuat sendiri. Semuanya perlu dibeli dan disediakan sendiri. Dengan keadaan diri yang 'tidak-berapa-sihat' ini, saya perlu kuatkan semangat. Ini adalah satu fasa pertama buat diri saya setelah bergelar isteri. Satu tanggungjawab yang wajib dilakukan!

Cerita lepas kawen...

Fuuhhh...

Rasanya cerita lepas kawen ni dah basi dah... Dah berlalu 4 bulan dah.. So, adakah kami masih boleh lagi dikategorikan sebagai 'Pengantin Baru'? Haha...! :p

Tak tahu nak cerita apa dan nak mulakan dari mana pun dah blurr.. Emmm...

Oklah, lepas jer tamat majlis tempoh hari, saya dan suami tercinta amat sibuk sekali. Maklumlah, saya tak punya banyak cuti tahunan, memandangkan pada masa itu saya baru sahaja bertukar tempat kerja. So, tak sedap pula nak ambil cuti lama2 kan. Kawan2 ofis semuanya terkejut masa tu. Sebab selalunya pengantin baru akan ambil cuti lama selepas kawen. Tapi saya tidak. Baru 2 hari kawen, dah masuk kerja semula. Ape nak buat. Huhu.

Tentang kerja tempat baru ni (dah 7 bulan dah), so far saya takda masalah. Saya hepi kerja sini. Dengan ofismet yang sentiasa beri kerjasama dan tak kedekut ilmu. Alhamdulillah, selesai jer majlis saya tempoh hari, saya terus mendapat surat pengesahan sebagai pekerja tetap di sini.. Syukur! Mungkin ini rezeki saya setelah mendirikan masjid..

Oh ya, tak lama selepas tu, dalam bulan Februari semasa CNY, kami ke Cherating untuk 1st honeymoon.. Perjalanan sungguh jauh, sakit punggung ni dok dalam kereta lama2. Suami tercinta yang drive. Saya cuma jadi co-pilot saja. Heh. Ape yang best kat sana? Kopok lekor jer yang best. Yang lain2, tak best! So plan 2nd honeymoon harus dibentangkan. Next!

Nampak bentuk dayang bunting tak?

Next! Huhu... Akhirnya plan yang dibentang untuk 2nd honeymoon pun berjalan dengan sungguh jayanya! Saya dan suami tercinta berjaya terbang ke Langkawi buat pertama kalinya (sebagai suami isteri lorr). Kami menetap di hotel Awana Porto Malai. Sebuah hotel yang cukup indah dengan pemandangan laut dan bot2 mewah dari atas 'dek'. Sungguh exclusive tempat ini.

Jadi, 4 hari 3 malam berada di sana, dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti. Kami melawat semua tempat2 yang perlu dikunjungi antaranya menaiki Cable Car, Island Hoping (Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah). Di Tasik Dayang Bunting, saya dan suami tidak plan untuk-mandi manda. Kami hanya menyewa 'bot kecil' untuk 2 orang mengelilingi tasik tersebut. Di Pulau Singa Besar, kami dapat melihat banyak helang berterbangan dan sesekali mereka turun ke permukaan air apabila pemandu bot mencampakkan kulit dan sisa ayam dari atas bot. Saya sungguh teruja melihatnya!

Cable Car - Pemandangan dari puncak gunung

Oh! Banyak lagi tempat2 yang kami pergi cuma tak termampu nak cerita kat sini semuanya. Kalau nak cerita, 7 hari 7 malam pun tak habis. Cuma yang saya agak terkilan sikit adalah saya tak dapat shopping sakan di sana. Malam2 terakhir berada di sana baru dapat bershopping. :(

Tapi, lagi 2 minggu suami tercinta akan terbang ke sana lagi atas urusan kerja. Saya tidak dapat ikut :(. Agak2 ape yer saya nak pesan? Set pinggan mangkuk boleh sayang? Yess! *wink

Wah! Sedar tak sedar dah panjang entry ni. Jadi dengan ini saya menutup entry ini sampai sini sajalah yer...

Blog baru, hidup baru...

Syukur...

Akhirnya terbuka juga hati ini untuk berblog kembali.. Kepada kawan2 blog yang mengenali, terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini. Blog lama saya itu mungkin akan terus di'private'kan atau mungkin juga akan di'padam'kan terus dari dunia maya ini. Biarlah segala cerita silam itu terus tersimpan rapi dalam ingatan saya.

Saya tetap saya. Tiada yang berubah. Cuma yang berubahnya mungkin nama 'Airizz' itu saja. Jadi kawan2 boleh memanggil saya dengan nama tersebut. So, lepas ni jangan ada yang konpius yer :)