Friday, May 29, 2009

Rezeki..

Alhamdulillah, saya menang Pertandingan Khat sempena 'Bulan Kesenian Islam' di ofis saya ini. Semalam adalah acara kemuncak dan penutup pada tahun ini. Saya sempat menyaksikan Pertandingan Nasyid antara department semalam. Mereka sungguh bersemangat sekali. Tapi sayangnya department saya langsung tiada penyertaan. Yelah, nak sertai macam mana, department saya ni staffnya majoriti kaum Cina. Orang melayu berapa kerat je yang ada.

Saya masuk Pertandingan Khat ni pun atas pujuk rayu sorang akak AJK ni. Katanya mereka kekurangan penyertaan untuk Khat. So saya pun dengan berat hati, daftar je lah nama. Menang tak menang lain cerita. Janji masuk.

Mula2 menggigil gak la nak tulis jawi dalam tulisan Khat ni. Mmg kena ada seni. Kalau tak, mmg out la. Kali terakhir saya belajar tulisan Khat ni pun rasanya masa sekolah menengah dulu. Siap masuk kelas Khat lagi. Belajar macam2 jenis Khat. Tapi sayangnya, lepas sekolah, sume jenis2 Khat tu saya dah lupa namanya.

Tapi akhirnya, tak sangka saya menang juga. Biar betul juri ni? Yelah, tulisan Khat saya manalah cantik mana pun kalau nak dibandingkan dengan peserta lain yang lebih berbakat. Tulisan saya simple-simple saja. Pelik sungguh macam mana saya boleh terpilih untuk menang Naib Johan yer? Huhuh...

Ape pun, saya syukur sangat2. Walaupun hanya sekadar menang pertandingan yang boleh dianggap 'kecil' ini, saya tetap rasa bersyukur. Sekurang2nya, saya dapat sedikit hadiah, buat peransang. Saya sungguh teruja sekali! Alhamdulillah... inilah dinamakan rezeki... =)

Tuesday, May 26, 2009

Mendung kelabu..

Hari ini cuaca mendung.. Semendung hati ku.. Cewahh!

Yelah, mana tak mendungnya, dah 2 hari suami tercinta pergi outstation.. Tengah malam esok baru flight balik ke kl. Rasa macam nak tunggu je dia kat pintu ketibaan sambut dia balik esok. Macam lama giler tak jumpa, alahai, rindu nyer..!

Teringat masa pegi Langkawi bulan lepas. Rasa macam baru pegi semalam jer. Tapi macam tak puas la 4 hari 3 malam kat sana. Bukan tak puas jalan2, tapi tak puas rehat2 tenangkan fikiran. Tup-tup tau2 dah nak balik jer. Asyik penuh dgn aktiviti jer. Ingat nak gi holiday2 lagi, tapi ke tempat lain pula la. Nak gi mana eh? Duit? Boleh korek sana-sini. Cuti?... Uwaaa!.. Saya mana ada cuti lagi. Company sekarang ni sekat cuti tahunan staf. Tak bagi staf amek cuti terlalu panjang dalam satu-satu masa. Hampeh sungguh!..

Minggu ni macam nak ikut diorang balik kampung Melaka. Minggu depan plak dah plan nak balik Perak. Dah lama tak balik kampung Melaka. Kampung Perak plak tak penah balik lagi, tapi penah singgah la dulu-dulu. Heh.. Teruja nih, tapi macam segan la plak nak balik, sure kene usik kalau diorang tgk keadaan saya skrg ini.. Huhuu....

Friday, May 22, 2009

Semalam dan hari ini..

Semalam saya bercuti. Pecah rekod saya untuk tahun ini kerana pertama kali amek MC. Tak sakit, cuma saja2 nak cuti. Tak plan pun nak cuti sebenarnya, tapi dah alang2 nak ke spital, baik saya terus cuti saja. Suami tercinta pun baru balik dari outstation yang jauh. So dia pun amek cuti skali. Sian dia penat jalan jauh. Jadi saya boleh temankan dia rehat2 =)

Makan dalam kuali

Yerr.. hari ini hari jumaat. Bosan kerja. Kerja dah setel pagi2 tadi. Skrg? Dah boring. Jadi kawan ofis ajak jalan2. Berdua aje. Ke Pavillion. Emm.. 1st time saya ke sana. Komen saya? Kat sana seolah-olah macam berada kat luar negara plak. Banyak kedai pelik-pelik pada saya. Food court pun banyak makanan pelik. Emmm.. macam tak 'masuk' lah dengan saya...

Petang ni nak masak ape plak yer? Ikan siakap ada dalam peti ais. Beli kat tesco hari tu. Masak sweet sour ok tak sayang? =)

Tuesday, May 19, 2009

Lamenyer..

Baru 2 hari dia pergi, saya dah terasa sunyi sgt. Yer.. terasa sangat2.. alahai, cepat la balik ke pangkuanku.. Aku merinduimu.. Ting Tong! Heh.. macam iklan bedak la plak.. huhu.. Minggu depan pergi lagi, bulan depan pergi lagi.. Saya jugak yang ditinggal-tinggalkan.. Tido peluk bantal je la gamaknya. Huhuhu... Sadisnyer!

Bulan depan dah start cuti sekolah, so banyakla kenduri kendara sana-sini. Hujung2 minggu pastinya tiada rehat, sudah full ok! Plan untuk cuti2 mesia bersama family tercinta pun terpaksa ditunda lagi. Tunda lagi! Sampai bile nak tunda nih? Tak kan nak tunggu sampai saya teeettttt baru on! Masa tu entah saya larat ke tidak lagi... heh...

Next month kawan baik saya masa kat sekolah dulu nak deliver dah. Sungguh cepat masa berlalu. Terasa macam baru je abis SPM sama2 dia, tup-tup skrg dah nak jadi mak orang. Wah, terujanya saya! =)

Friday, May 15, 2009

Sungguh rindu...

Amat sannggaaattt!

Yer, saya teramat rindukan mak. Sejak kawen ni, saya rasa terasa jauh sangat daripada kasih sayang mak. Tambahan selepas kaki mak bersimen, retak akibat tergelincir dan terjatuh di bawah tangga yang licin. Mujur retak di hujung jari kaki, kalau retak di tempat lain macam mana? Isshh... Jauhkan!

Skrg simen dah buka tapi kata mak kakinya kadang2 rasa ok, kadang2 membengkak lagi. Saya sungguh risau. Kalau saya masih lagi tinggal dengan mak, boleh saya jaga mak. Masak untuk mak. Sediakan apa saja keperluan untuk mak. Tapi... saya tak boleh... Adakah saya sudah jadi anak derhaka? :'( Setiap kali teringatkan mak, mata saya pasti berair... Saya sungguh rindu! :'(

Walaupun kini saya duduk berjauhan dari mak, ayah dan adik-beradik yang lain, saya harap mereka sihat2 saja. Setiap hari saya berdoa agar Tuhan memberi kesihatan yang baik kepada mereka. Begitu juga buat keluarga mertua saya. Saya amat cintakan kamu semua, keluarga bahagia saya....

Ya Allah, limpahilah kebahagiaan dan keredhaanMu ke atas kehidupan ku ini...

Thursday, May 14, 2009

Rumah baru...

Setelah berpenat-lelah berulang-alik dari Ampang-Kajang selama berbulan2 lamanya (terasa lama sgt walaupun baru 3 bulan), akhirnya kami nekad, redha dan tabah mengambil keputusan untuk duduk sendiri. Walaupun mahligai impian kami akan siap dibina dalam bulan Jun depan (Insya-Allah), kami tetap dengan pendirian kami untuk tinggal berdikari.

Tiada lagi masakan yang sedia terhidang di atas meja dikala kami sampai ke rumah, tiada lagi air susu yang sedia terhidang untuk sarapan, tiada lagi segala kemudahan dan kesenangan yang kami terima selepas ini.

Segala-galanya kini perlu diuruskan sendiri. Semuanya perlu dibuat sendiri. Semuanya perlu dibeli dan disediakan sendiri. Dengan keadaan diri yang 'tidak-berapa-sihat' ini, saya perlu kuatkan semangat. Ini adalah satu fasa pertama buat diri saya setelah bergelar isteri. Satu tanggungjawab yang wajib dilakukan!

Cerita lepas kawen...

Fuuhhh...

Rasanya cerita lepas kawen ni dah basi dah... Dah berlalu 4 bulan dah.. So, adakah kami masih boleh lagi dikategorikan sebagai 'Pengantin Baru'? Haha...! :p

Tak tahu nak cerita apa dan nak mulakan dari mana pun dah blurr.. Emmm...

Oklah, lepas jer tamat majlis tempoh hari, saya dan suami tercinta amat sibuk sekali. Maklumlah, saya tak punya banyak cuti tahunan, memandangkan pada masa itu saya baru sahaja bertukar tempat kerja. So, tak sedap pula nak ambil cuti lama2 kan. Kawan2 ofis semuanya terkejut masa tu. Sebab selalunya pengantin baru akan ambil cuti lama selepas kawen. Tapi saya tidak. Baru 2 hari kawen, dah masuk kerja semula. Ape nak buat. Huhu.

Tentang kerja tempat baru ni (dah 7 bulan dah), so far saya takda masalah. Saya hepi kerja sini. Dengan ofismet yang sentiasa beri kerjasama dan tak kedekut ilmu. Alhamdulillah, selesai jer majlis saya tempoh hari, saya terus mendapat surat pengesahan sebagai pekerja tetap di sini.. Syukur! Mungkin ini rezeki saya setelah mendirikan masjid..

Oh ya, tak lama selepas tu, dalam bulan Februari semasa CNY, kami ke Cherating untuk 1st honeymoon.. Perjalanan sungguh jauh, sakit punggung ni dok dalam kereta lama2. Suami tercinta yang drive. Saya cuma jadi co-pilot saja. Heh. Ape yang best kat sana? Kopok lekor jer yang best. Yang lain2, tak best! So plan 2nd honeymoon harus dibentangkan. Next!

Nampak bentuk dayang bunting tak?

Next! Huhu... Akhirnya plan yang dibentang untuk 2nd honeymoon pun berjalan dengan sungguh jayanya! Saya dan suami tercinta berjaya terbang ke Langkawi buat pertama kalinya (sebagai suami isteri lorr). Kami menetap di hotel Awana Porto Malai. Sebuah hotel yang cukup indah dengan pemandangan laut dan bot2 mewah dari atas 'dek'. Sungguh exclusive tempat ini.

Jadi, 4 hari 3 malam berada di sana, dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti. Kami melawat semua tempat2 yang perlu dikunjungi antaranya menaiki Cable Car, Island Hoping (Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah). Di Tasik Dayang Bunting, saya dan suami tidak plan untuk-mandi manda. Kami hanya menyewa 'bot kecil' untuk 2 orang mengelilingi tasik tersebut. Di Pulau Singa Besar, kami dapat melihat banyak helang berterbangan dan sesekali mereka turun ke permukaan air apabila pemandu bot mencampakkan kulit dan sisa ayam dari atas bot. Saya sungguh teruja melihatnya!

Cable Car - Pemandangan dari puncak gunung

Oh! Banyak lagi tempat2 yang kami pergi cuma tak termampu nak cerita kat sini semuanya. Kalau nak cerita, 7 hari 7 malam pun tak habis. Cuma yang saya agak terkilan sikit adalah saya tak dapat shopping sakan di sana. Malam2 terakhir berada di sana baru dapat bershopping. :(

Tapi, lagi 2 minggu suami tercinta akan terbang ke sana lagi atas urusan kerja. Saya tidak dapat ikut :(. Agak2 ape yer saya nak pesan? Set pinggan mangkuk boleh sayang? Yess! *wink

Wah! Sedar tak sedar dah panjang entry ni. Jadi dengan ini saya menutup entry ini sampai sini sajalah yer...

Blog baru, hidup baru...

Syukur...

Akhirnya terbuka juga hati ini untuk berblog kembali.. Kepada kawan2 blog yang mengenali, terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini. Blog lama saya itu mungkin akan terus di'private'kan atau mungkin juga akan di'padam'kan terus dari dunia maya ini. Biarlah segala cerita silam itu terus tersimpan rapi dalam ingatan saya.

Saya tetap saya. Tiada yang berubah. Cuma yang berubahnya mungkin nama 'Airizz' itu saja. Jadi kawan2 boleh memanggil saya dengan nama tersebut. So, lepas ni jangan ada yang konpius yer :)