Friday, July 10, 2009

Ape ek?

Sila abaikan tajuk di atas.

Yang sebenarnya saya amat kekontangan idea sejak dua menjak ini. Sebab itu blog ini sudah menjadi habuk seperti biasa. Haha! Macam biasalah, bila lama tak updet, tu maknanya saya sudah kekontangan idea.

Ada banyak cerita yang boleh di share di sini. Tapi, asalkan nak mula menaip jer, saya jadik blur. Macam susah sangat nak karang ayat2 sekarang ni. Ish, susah betul kan?

Pagi2 seawal pukul 7.15 am saya sudah tercongok di meja opis. Apa mau buat? Keje pun setel. So kene la meng'online'kan diri ini. Sekarang ni baru 2 orang yang ada di floor saya ini. Mana yang lain ek? Ooo.. ye tak ye. Malam tadi opis ada buat event untuk launching produk dan servis terbaru company. Siap ada dinner sekali. Tak semua yang sertai, termasuklah saya. Siapa yang sertai, semuanya atas dasar tugasan semata-mata. Saya tidak dibenarkan menyertai sebab tak akan mampu untuk menjalankan tugasan itu dengan baik di sana nanti. Alasan, ahaks! =P

Launching
diadakan di Hotel Mandarin Oriental, KL. Di lancarkan oleh Tun M sendiri. Hotel 'cha ya nun alif'. Giler tak best. Sebab apa? Sebab mengikut kata2 senior opis ini, bila adanya event di hotel tersebut, pastinya ramai yang akan mabuk tak ingat dunia. Jangan kata 'cha ya nun alif' yang mabuk sampai muntah-pengsan-tak-sedar-diri, MELAYU pun sama!

Agak2 kalau saya join event tu walaupun atas niat dan dasar menjalankan tugas di sana semata-mata, adakah saya juga tergolong dalam insan2 yang BERSUBAHAT?

Ape nak jadik dunia sekarang ni?

Fikir-fikirkan, dan selamat beramal! Heh! =)

3 comments:

Acai said...

Slm rin,
biasalah dunia akhir zaman rin..:) dosa dan pahala dah bercampur2..hanya iman yang dapat jadi benteng kita dari buat perkara terlarang. Rin, alang2 dah kat sini apa kata kita makan2 ke..ajaklah hubby skali,kenal2,hehe..orait, jaga diri rin..

Acai said...

Ya Allah, boleh silap orang lagi tu,hahaha..sorylah aida..sy ngah mamai arini,hehe..bizi sangat kerja..sampai bleh tak check betul2,hahaha..*aku yang bengong..aida, bila nak blanje makan lagik nih?hihi

Airizz said...

acai ~ tu la, konpius ek acai.. huhuhu.. tu ar, bile nak banje acai nih...?

Post a Comment