Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Lahir Mak

Hari ini 26 Ogos 2009 genap usia ibuku 53 tahun. Selamat Hari Lahir mak. Semoga Allah panjangkan usia mak dan diberikan kesihatan yang baik2 untuk mak. Amin.

Saya rasa, semua orang sayangkan ibu masing2. Tak kira samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Kasih sayangnya tak pernah berbelah bagi dan terputus antara anak2nya. Bagi yang masih mempunyai ibu, sayangilah dan berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup.

Begitu juga dengan saya. Sejujurnya, saya terlalu menyayangi ibu saya. Bagi saya, dia adalah ibu yang terbaik dalam hidup saya. Tak mungkin ada yang lain. Sepanjang hidup saya, saya akan cuba memberikan yang terbaik buatnya. Apa yang diinginkannya akan cuba saya penuhi. Sebab saya takut kalau2 saya tak penuhinya nanti, mungkin saya akan menyesal seumur hidup biarpun perkara yang diingininya itu terlalu kecil dan mungkin remeh.

Saya akui, sejak berumahtangga, saya jadi sungguh manja. Berbeza benar dengan keadaan sebelum saya berumahtangga. Sebelum kawin, saya tak pernah mencium pipi dan memeluk ibu saya kecuali pada hari raya. Memang dari kecil lagi saya bukanlah seorang anak yang manja dan ini amat sukar bagi saya untuk meluahkan kasih sayang saya terhadap mak. Saya tak biasa.

Namun setelah kawin dan setelah tinggal berjauhan dari mak, saya dapat rasakan satu perasaan yang cukup jauh dalam sudut hati saya. Ya, saya sungguh takut kehilangan kasih sayang mak. Sudah berjauhan begini, baru saya dapat rasakan perasaan ini. Malah bila setiap kali melihat wajah mak, hati saya akan menjadi sayu. Disebabkan perasaan ini, saya sudah mula buangkan sifat malu saya selama ini untuk memeluk mak dan mencium kedua2 pipi mak setiap kali kami akan berpisah. Begitu juga dengan ayah. Saya akan mencium pipinya. Saya sudah tidak kesah dan malu lagi. Sebab saya rasa takut kalau2 selepas ini saya akan menyesal kerana tidak sempat mencium mereka lagi. Minta dijauhkan.

Teringat masa hari pernikahan saya awal tahun ini, mak menangis bersunguh2 semasa memeluk saya. Saya tahu mak bersedih sebab selepas ini saya akan berjauhan dari dia. Saya sudah ada suami dan tanggungjawab. Saya tak boleh sentiasa berada di sisinya selalu.

Airmata mak juga pernah tumpah semasa di awal perkahwinan saya dulu. Saya pernah membuat mak berkecil hati sehingga mak menangis. Saya akui, saya silap.

'Mak, maafkan akak. Akak berjanji yang akak tak kan buat mak menangis lagi..'

Ketahuilah sekiranya kita melakukan sesuatu perkara sehingga membuatkan ibu kita menitiskan airmata kesedihan, ini bermakna kita telah menyakiti hatinya dan ingatlah sentiasa bahawa Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu..

I Love You Mak....

Tuesday, August 25, 2009

Topeng Muka

Pertama kali semalam ke bazar ramadhan di area Bandar Kinrara. Walaupun baru pukul 5 ptg, tapi jalan dah mula penuh dgn kereta. Orang pun makin lama makin ramai. Bila orang dah mula ramai, mula lah rasa tak sedap ati jer nak jalan2 tgk2 makanan yang dijual dengan dekat. Tambahan, cuaca panas terik sangat petang semalam. Dugaan betul di awal ramadhan ini kan?

Bila orang dah mula ramai dan bersesak2, barulah rasa amat selamat sebab saya dan suami tercinta awal2 lagi dah mula pakai topeng muka. Walaupun ada yang memandang sinis melihat kami, tapi kami tak peduli pun. Mungkin mereka menganggap bahawa orang2 mcm kami yang memakai topeng muka ini adalah pembawa H1N1, dan mereka yang sihat tidak perlu memakainya? Tidakkah mereka tahu yang dengan memakai topeng muka ini dapat melindungi diri dari dijangkiti? Takkan dah kene penyakit ini, baru mereka nak memakainya? Cuma rasa kesian, pada ibu2 mengandung dan kanak2 yang dibawa bersama mereka dengan selamba tidak memakai topeng muka. Tidak takutkah mereka dengan penyakit kali ini? Adakah diri kalian sudah cukup kebal?

Minggu lepas kami ke hospital swasta di Ampang. Rata2 pesakit mahupun pelawat memakai topeng muka. Malah pintu masuk utama di lobi juga di kawal oleh kakitangan hospital untuk menjalankan pemeriksaan suhu badan ke atas ke semua pelawat yang keluar masuk. Termasuklah kami. Pemakaian topeng muka seakan menjadi satu kewajipan kepada kami sekiranya perlu keluar ke tempat2 awam.

Temujanji saya sepatutnya pada pukul 10.30 pagi, tapi entah mengapa ramai pula pesakit yang datang pada hari itu. Akhirnya, saya hanya dapat bertemu doktor 4 jam kemudian. Rasanya hospital swasta dah sama macam hospital kerajaan. Ingatkan bila kita ke hospital swasta, kita akan diberi layanan istimewa dan cepat. Tapi, sama saja. Bayaran tetap mahal. Bayangkan setiap kali rawatan, saya dikenakan charge rawatan tidak kurang dari RM200. Adilkah?

Eh, dah melalut rupanya saya ni. Memula cerita pasal topeng, sekarang cerita pasal bayaran hospital pula. Tak ke jauh perginya tu. Haha...

Okey lah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, diharapkan kita semua mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda di atas amalan puasa kita pada kali ini.

Monday, August 10, 2009

Ape yer...

Nak cite ape yer kat sini?... Nampak sangat yang saya dah lama tak updet blog ini. Ini disebabkan tahap KEMALASAN yang teramat tinggi di dalam jiwa utk mengupdet blog kesayangan ini. Nak kata bizi sangat kat opis, takde la bz mana pun...

Oh ya, sejak akhir2 ni penyakit H1N1 makin menjadi2.. Mangsa yang terkorban pun terus meningkat dengan mendadak. Jadi takut pulak nak keluar ke mana2 kalau tak perlu. Kalau benar2 perlu jer baru keluar. Kalau tak, baik duduk rumah diam2 jer kan?

Risau jugak dengan tahap kesihatan saya sekarang ni. Badan asyik panas jer. Tapi bukan demam. Cuma badan cepat sangat berpeluh. Tido malam dah tak leh pakai selimut dah. Panas! Pastu, bile nak bangun malam ke bilik air, mula la sakit2 badan susah nak bangun. Tangan, kaki dan badan cepat sangat terasa kebas2. Tido pun tak leh lama statik satu arah jer.. mesti nak kene alih2 badan. Dugaan... dugaan...

Ada orang kata 'besar'.. ada orang kata 'kecik'... mana satu nih?
Kalau kecik, saya akan jadi risau yang teramattt!!!

Lagi 2 minggu kita akan masuk bulan Ramadhan...
Sebulan lepas tu masuk Syawal...

Beberapa hari lepas tu... Errr....

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku itu nanti... Amin"....