Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Lahir Mak

Hari ini 26 Ogos 2009 genap usia ibuku 53 tahun. Selamat Hari Lahir mak. Semoga Allah panjangkan usia mak dan diberikan kesihatan yang baik2 untuk mak. Amin.

Saya rasa, semua orang sayangkan ibu masing2. Tak kira samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Kasih sayangnya tak pernah berbelah bagi dan terputus antara anak2nya. Bagi yang masih mempunyai ibu, sayangilah dan berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup.

Begitu juga dengan saya. Sejujurnya, saya terlalu menyayangi ibu saya. Bagi saya, dia adalah ibu yang terbaik dalam hidup saya. Tak mungkin ada yang lain. Sepanjang hidup saya, saya akan cuba memberikan yang terbaik buatnya. Apa yang diinginkannya akan cuba saya penuhi. Sebab saya takut kalau2 saya tak penuhinya nanti, mungkin saya akan menyesal seumur hidup biarpun perkara yang diingininya itu terlalu kecil dan mungkin remeh.

Saya akui, sejak berumahtangga, saya jadi sungguh manja. Berbeza benar dengan keadaan sebelum saya berumahtangga. Sebelum kawin, saya tak pernah mencium pipi dan memeluk ibu saya kecuali pada hari raya. Memang dari kecil lagi saya bukanlah seorang anak yang manja dan ini amat sukar bagi saya untuk meluahkan kasih sayang saya terhadap mak. Saya tak biasa.

Namun setelah kawin dan setelah tinggal berjauhan dari mak, saya dapat rasakan satu perasaan yang cukup jauh dalam sudut hati saya. Ya, saya sungguh takut kehilangan kasih sayang mak. Sudah berjauhan begini, baru saya dapat rasakan perasaan ini. Malah bila setiap kali melihat wajah mak, hati saya akan menjadi sayu. Disebabkan perasaan ini, saya sudah mula buangkan sifat malu saya selama ini untuk memeluk mak dan mencium kedua2 pipi mak setiap kali kami akan berpisah. Begitu juga dengan ayah. Saya akan mencium pipinya. Saya sudah tidak kesah dan malu lagi. Sebab saya rasa takut kalau2 selepas ini saya akan menyesal kerana tidak sempat mencium mereka lagi. Minta dijauhkan.

Teringat masa hari pernikahan saya awal tahun ini, mak menangis bersunguh2 semasa memeluk saya. Saya tahu mak bersedih sebab selepas ini saya akan berjauhan dari dia. Saya sudah ada suami dan tanggungjawab. Saya tak boleh sentiasa berada di sisinya selalu.

Airmata mak juga pernah tumpah semasa di awal perkahwinan saya dulu. Saya pernah membuat mak berkecil hati sehingga mak menangis. Saya akui, saya silap.

'Mak, maafkan akak. Akak berjanji yang akak tak kan buat mak menangis lagi..'

Ketahuilah sekiranya kita melakukan sesuatu perkara sehingga membuatkan ibu kita menitiskan airmata kesedihan, ini bermakna kita telah menyakiti hatinya dan ingatlah sentiasa bahawa Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu..

I Love You Mak....

2 comments:

kekcoklat said...

Salam Kak Airiz... Selamat Ulang Tahun utk mak Airiz... Nnt dah kwen, sy x nak duduk jauh ngan mak... Nak dok dkt2 ngn umah gak...

Airizz said...

salam kekcoklat ~ thx.. hmm.. duduk dgn mak dapat selalu jumpe mak kan... :)

Post a Comment