Thursday, September 10, 2009

20 Ramadhan

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 20 Ramadhan kan? Cepat sungguh masa berlalu. Sampai tak terasa penat berpuasa langsung =). Syukur Alhamdulillah, so far saya masih mampu untuk berpuasa penuh dan berharap saya dapat berpuasa hingga ke penghujung Ramadhan nanti. So nanti tak payah la susah2 nak ganti puasa tahun depan, ye tak? =)

Cuma yang sedihnya saya tak mampu untuk ke masjid / surau untuk menunaikan solat sunat terawih.. Yelah, dengan keadaan badan yang tak 'seimbang' ini, kejap ok, kejap tak, saya jadi tak berani untuk keluar rumah. Ditambah pula dengan kes penyakit influenza sekarang ni. Buat saya jadi lebih berhati2 dan takut untuk keluar ke tempat awam sebarangan. Hanya jika benar2 perlu sahaja saya akan keluar, itu pun dengan memakai topeng muka. Maklumlah, saya termasuk golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Jadi saya perlu lebih berhati2.

Insya-Allah, lagi 10 hari lagi kita akan menyambut hari mulia, hari raya. Macam mana persiapan korang sume yer? Mesti meriah tahun ni kan? Dapat berkumpul di hari raya bersama2 keluarga tersayang. Saya pula, tahun ni adalah tahun pertama saya beraya sebagai seorang isteri. Dan tahun ini juga saya akan beraya bersama keluarga mertua. Oh, sedihnya tak dapat pulang beraya bersama keluarga saya seperti sebelum2 ni. Dalam perkahwinan perlu ada pengorbanan kan? Oh~ =(

Saya pula, tahun ni tak da buat apa2 persiapan pun. Tahun lepas, ada la juga rajin tolong mak buat kuih raya sikit2. Mak pula sudah tak berdaya lagi nak buat sorang diri. Yelah, dah takda pembantu di dapur, mana larat dia nak buat sorang2. Jadi nampaknya tahun ni beli kuih tunjuk je la =). Tentang baju raya pula, oh tidak! Saya langsung tidak ada baju raya tahun ini. Baju raya tahun2 lepas pun tak boleh pakai lagi, sebab dah tak muat. Saya kan sudah 'gemuks', ahaks! So terpaksalah pakai baju apa yang muat jer.

Bagi saya raya tahun ni biasa2 saja. Saya tak begitu teruja sangat. Cuma 1 perkara jer yang membuatkan saya teruja dan tertunggu2. 8 Oktober 2009 ~Insya-Allah, saya bakal menjadi seorang ibu pada zuriat pertama kami =)

Note : 28 days to go! Errrkk.... =)

4 comments:

ch@ said...

chaiyokk! chaiyokk! airizz boleh! best la tak pyh ganti pose, eh! tarikh tu jgn diikut sgt, kena jg diri nnt jdk la mcm kite, terkeluar awal sebulan hah sudah.....

Junaidix said...

moga semua elok2 belaka :)

Manje said...

tak lama lagik ar tu jadik mama. jaga diri, jaga kesehatan dan manje ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Aida sekeluarga. kalau ada silap dan salah tolong maafkan ya....

Airizz said...

ch@ ~ tu la.. awal ke lambat ke, harap semuanya berjalan lancar dan selamat nanti..

junaidix ~ amin.. doakan yer... :)

Manje ~ Terima kasih kuncop.. Slmt Hari Raya buat awak sekeluarga di sana juga :)

Post a Comment