Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan pertama

Ramadhan tahun ini pertama kali di sambut berdua bersama suami tercinta. Bersahur bersama dan berbuka bersama. Walaupun sering balik berbuka dengan orang tua, namun kami tetap merasainya bersama. Hanya sekali sahaja kami dapat berbuka hanya berdua. Itupun dengan hanya membeli makanan dan kuih muih di bazar ramadhan sahaja. Hari yang lainnya, kami berbuka di rumah orang tua kami.

Jadi semalam kami bercadang untuk berbuka berdua di luar. Kami berbuka di sebuah restoran di area Serdang. Mujur kami antara orang yang terawal sampai. Jadi meja masih ada banyak lagi yang kosong. Menu kami adalah nasi putih, tom yam campur, sayur kailan belacan, telur bungkus dan sotong goreng tepung. Seronok dapat berbuka berdua :)

Namun jelas jauh di sudut hati saya, saya amat terkilan sebenarnya. Terkilan kerana saya sendiri belum lagi mampu untuk menyediakan sendiri makanan dari air tangan saya sendiri untuk berbuka puasa terutamanya untuk suami. Bukan saya enggan memasak untuk suami cuma keadaan diri saya yang amat tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian. Alhamdulillah, saya sihat, cuma saya dah tak larat! Di tambah badan saya yang semakin 'memberat', sehinggakan nak berdiri lama pun saya rasa bagai nak pitam! Malah sekarang nak bersolat pun saya dah tak mampu untuk berdiri, jadi terpaksa bersolat secara duduk..

Mujur suami tercinta memahami keadaan diri saya.. :)

"Hanya tinggal sebulan sahaja lagi... Moga segalanya selamat dan dipermudahkanNya... Doakan saya.."

2 comments:

ch@ said...

tak pyh msk kalo tak larat....mcm sy...kihkihkih!

Airizz said...

ch@ ~ tu la.. beli jer :)

Post a Comment