Friday, January 29, 2010

Rezeki..

Alhamdulillah... dapat bonus hari ni...
Rezeki anak... syukur sangat2... :)


Monday, January 25, 2010

Imbasan sekitar kehidupan selepas kahwin...

Saje nak share dgn u all...

Dulu selepas kahwin, kami duduk rumah mertua bergilir2. Maklumlah, mula2 kawin, mana nak cari duit nak sewa rumah. Kalau dah menyewa tu pulak, mana nak beli perabot lagi, brg2 rumah lagi. Sekurang2nya kalau nak duk rumah sewa pun mesti ada brg2 asas mcm peti ais, tv, katil, tilam, almari, dapur dll. Sume tu melibatkan kos yang besar, iaitu duit. Mujur dalam masa bertunang dulu kami dah beli sebuah rumah, tapi masa tu masih lagi dalam pembinaan.

Kami bergilir2 tinggal di rumah mertua selama 4 bulan. Kata orang, duduk dgn mertua ni ada pro dan kontra nyer. Sama ada family mertua atau kita sendiri pasti akan rasa tak selesa walau secubit pun. Jadi, masuk bulan ke 5 kami ambil keputusan untuk menyewa juga. Walau ape pun yang terjadi, kami tetap tekad walaupun pada masa tu kami cukup2 makan saja.

Masa tu rumah sewa yang dipilih berdekatan dgn ofis saya. Rumah yang serba kekurangan. Mujur, family sudi membantu sedikit menyediakan beberapa perkakas rumah. Banyak saya berhutang budi dgn mereka. Entah mcm mana nak membalasnya.

Semasa berpindah ke rumah sewa, kandungan saya sudah masuk 5 bulan (Alhamdulillah, orang kata saya bunting pelamin). Saya tak boleh buat kerja berat2. Semasa saya mengandung, boleh dikira dgn jari saja berapa kali saya memasak di dapur. Yang lain2nya, banyak beli dan makan diluar saja. Bulan puasa pun mcm tu. Terukkan saya? Saya mengalami alah yang teruk semasa bulan2 awal mengandung. Namun Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh walaupun sedang sarat.

Sambutan hari raya puasa pun disambut sederhana saja. Waktu itu saya sudah sarat dan hanya menghitung hari untuk bersalin. Akhirnya saya selamat melahirkan puteri sulung saya pada 14 Oktober 2009. Saya menjalani proses berpantang di rumah family saya dan dijaga sendiri oleh mak. Mak mmg jaga betul diet pemakanan saya. Tiap2 hari saya hanya dibenarkan makan nasi berlaukkan ikan bilis goreng atau ikan haruan masak stim. Ni je la menu wajib harian saya. Saya akur saja. Tapi tak sangka dengan amalkan diet mcm tu jer, saya boleh jadi kurus, lebih kurus dari sebelum mengandung.

Sejak kehadiran si kecil ni, hidup kami mmg agak kelam kabut. Ditambah dengan berpindah ke rumah baru selepas hari raya haji lepas, dengan renovation rumah dan setiap malam pula si kecil ini akan meragam, akibat kembung perut. Betul2 buat saya stress sepanjang tempoh semasa berpantang.

Kini si kecil ini sudah berusia 3 bulan lebih. Sudah tidak menangis malam lagi. Cuma akan menangis bila mahukan susu dan mahu didukung untuk ajak kita bermain bersama kadang boleh sampai ke pukul 1 pagi!

Sekarang di rumah baru, masih tiada lagi sofa dan meja makan. Kalau nak lepak2 tgk tv kene lepak atas karpet jer.. Kesian.. So kalau kawan2 nak dtg tgk rumah baru saya, jemputlah datang. Boleh datang mandi swimming pool. Tapi dengan syarat, dtg bawak makanan sendiri la yer... boleh gitu? Ekekeke.....

Nota : Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan baru nih.. Kelam kabut + serabut!

Wednesday, January 20, 2010

Hepi Bday to me!

Hepi.. hepi.. hepi...
Umur sudah menganjak ke angka 28! Ohhhh....!

Takda hadiah spesel.. takda kek spesel..
Kek Anniversary aritu pun tak abis makan lagi.. :)

Monday, January 18, 2010

Majlis Aqiqah & 1st Anniversary


Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Aqiqah Sofea pada sabtu lepas. Elok je dia diam dok dlm buai. Risau gak kot dia mengamuk. Tapi syukur Sofea tak meragam pada hari tu. :)


Esoknya (semalam), ... Hepi 1st Anniversary to us! :)

Thursday, January 14, 2010

Dah 3 bulan...


Hari ni genap sofea 3 bulan.. Kejap je masa berlalu. Dah besar dah anak ibu sorang ni.

Skrg sofea dah pandai nak pusing2 badan nak meniarap. Masa meniarap sesekali je kepala dia dpt tegak ke atas. Klu tak, asik tersembam dlm tilam jer. Kadang2 kesian jugak tgk dia kerja keras. Sampai mendengus2 dia nak cube betul kan kedudukan tangan dia yg tersepit tu. Huhu.. Takpe, boleh cube lagi yer syg.. :D

Selamat Hari Lahir ke-3 bulan sayang! Muaahhh... :D

Wednesday, January 13, 2010

Annual Dinner + Dance

Pada 17 Disember yang lepas. Bertempat di Hotel Nikko. Ni kali pertama saya join Annual Dinner. Ni pun diorang kata company dah lama tak buat Annual Dinner. Last dulu 4 , 5 tahun yang dulu. Alasannya, company ni ramai staff, dlm 700 org gak la, termasuk operator dlm 500 org. Maklumlah, i kan keje kilang jer.. Heheh.. Keje kilang pun, cube bukak purse / wallet memasing, tgk MyCard anda semua.. siapa yang buat? Chip? Siapa yang design? Siapa yang print? Company i jugakk.. hehe.. bangga gak la beb! :)


Annual Dinner bertemakan "Blockbuster". So malam tu nampak bermacam2 baju dari pelbagai filem blockbuster. I kunun2 nak jadik pompuan jahat dalam 1001 dalmations tuh, tapi tak jadik. Sebab baju tu dot2 tapi bukan hitam putih. Belasah je la.. huhuhu...

Cuma yang tak seronoknya, I tak dapat ape2 lucky draw pun.. Grand prize TV LCD + Home Theater .. Nak tau sape dapat? Budak operator yang baru masuk keje 2 minggu yang dapat. Tensen sungguh kan?

Anyway, seronok la jugak malam tu...

Tuesday, January 12, 2010

Jalan-jalan carik baju

Susahnyer nak carik baju budak comey ni. Opss, bukan susah cari sebab saiznya, tidak.. tapi nak cari baju blouse yang ala2 princess pakai tuh. Yang skirt yang kembang2 tu. Merata dah cari. Tapi tak jumpa. Bila tak nak, berlambak2 pulak baju tu. Nah, skrg bile nak beli sesangat, dah tak jumpe pulak. Aiseh.. petang ni nak cari kat jusco plak. Harap2 adalah. Nanti Sofea mesti kene pakai cantek2 sebab hari tu nanti siap ada official photographer..