Monday, January 25, 2010

Imbasan sekitar kehidupan selepas kahwin...

Saje nak share dgn u all...

Dulu selepas kahwin, kami duduk rumah mertua bergilir2. Maklumlah, mula2 kawin, mana nak cari duit nak sewa rumah. Kalau dah menyewa tu pulak, mana nak beli perabot lagi, brg2 rumah lagi. Sekurang2nya kalau nak duk rumah sewa pun mesti ada brg2 asas mcm peti ais, tv, katil, tilam, almari, dapur dll. Sume tu melibatkan kos yang besar, iaitu duit. Mujur dalam masa bertunang dulu kami dah beli sebuah rumah, tapi masa tu masih lagi dalam pembinaan.

Kami bergilir2 tinggal di rumah mertua selama 4 bulan. Kata orang, duduk dgn mertua ni ada pro dan kontra nyer. Sama ada family mertua atau kita sendiri pasti akan rasa tak selesa walau secubit pun. Jadi, masuk bulan ke 5 kami ambil keputusan untuk menyewa juga. Walau ape pun yang terjadi, kami tetap tekad walaupun pada masa tu kami cukup2 makan saja.

Masa tu rumah sewa yang dipilih berdekatan dgn ofis saya. Rumah yang serba kekurangan. Mujur, family sudi membantu sedikit menyediakan beberapa perkakas rumah. Banyak saya berhutang budi dgn mereka. Entah mcm mana nak membalasnya.

Semasa berpindah ke rumah sewa, kandungan saya sudah masuk 5 bulan (Alhamdulillah, orang kata saya bunting pelamin). Saya tak boleh buat kerja berat2. Semasa saya mengandung, boleh dikira dgn jari saja berapa kali saya memasak di dapur. Yang lain2nya, banyak beli dan makan diluar saja. Bulan puasa pun mcm tu. Terukkan saya? Saya mengalami alah yang teruk semasa bulan2 awal mengandung. Namun Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh walaupun sedang sarat.

Sambutan hari raya puasa pun disambut sederhana saja. Waktu itu saya sudah sarat dan hanya menghitung hari untuk bersalin. Akhirnya saya selamat melahirkan puteri sulung saya pada 14 Oktober 2009. Saya menjalani proses berpantang di rumah family saya dan dijaga sendiri oleh mak. Mak mmg jaga betul diet pemakanan saya. Tiap2 hari saya hanya dibenarkan makan nasi berlaukkan ikan bilis goreng atau ikan haruan masak stim. Ni je la menu wajib harian saya. Saya akur saja. Tapi tak sangka dengan amalkan diet mcm tu jer, saya boleh jadi kurus, lebih kurus dari sebelum mengandung.

Sejak kehadiran si kecil ni, hidup kami mmg agak kelam kabut. Ditambah dengan berpindah ke rumah baru selepas hari raya haji lepas, dengan renovation rumah dan setiap malam pula si kecil ini akan meragam, akibat kembung perut. Betul2 buat saya stress sepanjang tempoh semasa berpantang.

Kini si kecil ini sudah berusia 3 bulan lebih. Sudah tidak menangis malam lagi. Cuma akan menangis bila mahukan susu dan mahu didukung untuk ajak kita bermain bersama kadang boleh sampai ke pukul 1 pagi!

Sekarang di rumah baru, masih tiada lagi sofa dan meja makan. Kalau nak lepak2 tgk tv kene lepak atas karpet jer.. Kesian.. So kalau kawan2 nak dtg tgk rumah baru saya, jemputlah datang. Boleh datang mandi swimming pool. Tapi dengan syarat, dtg bawak makanan sendiri la yer... boleh gitu? Ekekeke.....

Nota : Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan baru nih.. Kelam kabut + serabut!

0 comments:

Post a Comment