Monday, February 22, 2010

Akhirnya...

Ingat tak entry lepas saya ada kata nak beli 'sesuatu' tu kan? Akhirnya, hari ini tercapai jugak impian saya nak dapatkan mende alah ni.. Excited giler bile dapat call dari warehouse dept yang mengatakan barang yang saya order dah sampai... Yahooo! Hope Sofea suker la worm ni.. heheh...

Oh ya, tahniah pada elly atas kelahiran cahaya mata keduanya.. :)

Wednesday, February 17, 2010

Tak kira! Nak jugak!

Sejak ada anak ni, kalau online tu rajin jer surf website2 yg jual barang2 baby secara online. Daripada baju baby sampai lah ke toys. Sume saya tengok. Terutama sekali toys la. Geram jer tgk toys yang cute2 dan berwarna-warni. Tu belum masuk lagi baju2 dan aksesori2 baby yang kuit miut tu.

Kalau gi jalan2 tu, pantang nampak kedai baby, mesti nak singgah. Kat jusco pun sama. Tempat pertama di tuju adalah ke bahagian barang2 dan baju2 baby. Rasa nak rembat jer sume baju2 baby yg cantik2 kat sana. Tambahan baju baby girl lagi lawa2. Geram jer tgk.

Oh ya, cakap pasal toys tadi. Banyak toys yang saya aim nak beli. Sampai dah tak tertahan dah nak beli nih. Hehe.. Mak lagi gedik nak beli dari anak sendiri.

Rasa nak order ni la. Beli online jer. Tak kira! Haha!

Sumber : Klik sini

Pastu nak kumpul duit nak beli ni la pulak.. Agak mahal jugak la mende alah nih...


Sumber : Klik sini

Tapi.... nanti nak ke si kecik itu duduk main dalam mende alah nih.. Kang beli mahal2 dia takmo duduk lak.. aihhh...

Cuti CNY

Kan dah kata, department saya kosong sepanjang minggu ni.


Department saya tinggal 2 orang jer staff. Yang lelain still mood CNY looorrr....

Friday, February 12, 2010

Kosong..

Ahad ni CNY, so mcm biasa lah, office ku akan jadi sedikit lengang dan kosong. Dah nama pun office ramai staff berbangsa cina, so ramai lah bercuti sampai minggu depan terus menerus. Yang tinggal hanyalah bebudak melayu termasuklah saya. Bos2 pun ramai yang 'terbang'. Jadi mari kita hooreeyyy!! :)

Emosi 1 : Dpt tau sorang member ofis ni peknen kembar, tapi takde keturunan kembar langsung. Apekah saya pun boleh? Ada hati tuh.. ish ish.. tak bleh, tunggu lagi 2 tahun baru boleh :p

Emosi 2 : Nak balik kampung tapi tak dpt green light.. :(

Monday, February 8, 2010

Not recommended!

Jumaat lepas ke restoran satu ni kat area Bandar Baru Bangi. Nak celebrate bday boy sorang ni. Sebab dah tak tau mana dah nak gi makan, so pilih tempat ni je la. Kedai pun nampak menarik kan? So dah nama pun restoran steak, haruslah order steak kan. First try, order beef steak + lamb + prawn (combo). Hubby lak order steak gak.


Sekali sampai, errkk! Terkedu jap. Perkataan pertama keluar dari mulut ialah "cinonet jer? kenyang ke ni?" Akhirnya kami pulang dengan hati yang penuh kesal. Mahal dan tak berbaloi. Not recommended! Sumpah tak datang lagi.

Friday, February 5, 2010

My Love Birthday

Hepi b'day to my beloved hubby

Semoga jodoh kita berpanjangan... :)

*akan di update kemudian..

Thursday, February 4, 2010

Makan-makan

Makan2 semalam sempena sambutan besday girl (saya la tu, hihi) bulan lepas. Dah byk kali postpone, akhirnya kami makan di sini saja. Tak tau nak mkn kat mana dah.


Thanks sayang! :)

Err.. esok besday hubby pulak...

Korang ada idea tempat makan mana yg best kat area kajang/bangi ni? Malas nak masuk KL sebenarnya...

Wednesday, February 3, 2010

Hidup sungguuhhh bosannn....

~ Langsir ni memula tgk gelap, lama2 dah pasang cantek la plak ~ ;)

Tgk title pun dah tau ape kan? Ye, mmg hidupku kini dilanda kebosanan. Melaksanakan rutin harian yang sama setiap hari mmg membosankan..

5.20 am : Bangun pagi + mandi + solat + siap
6.15 am : Hantar baby ke rumah PIL
6.45 am : Bertolak ke ofis
7.15 am : Sampai ofis + bfast
8.00 am : Start keje.. + bla.. bla.. bla..
5.30 pm : Habis kerja
6.30 pm : Ambil baby + dinner
8.00 pm : Sampai rumah + solat + basuh baju + lipat baju
9.30 pm : Tidokan baby + kadang2 tertido terus sampai pagi..

Mcm ni lah kehidupan saya setiap hari bekerja. Sungguh membosankan kan?? Walaupun dengan kehadiran baby sedikit sebanyak dapat menghilangkan perasaan stress dan penat bekerja seharian, tapi tetap tak mampu untuk menghilangkan kebosanan dalam diri sendiri. Saya sudah tidak punya waktu untuk diri sendiri. Tiada lagi istilah berehat dan bersenang-lenang dalam kamus hidup saya. Hidup penuh dengan tanggungjawab yang sentiasa tak habis2. Kadang2 bila mental dan fizikal tak selari, boleh jadi stress dibuatnya.

Apa yang saya perlukan skrg? Ya, saya perlu kan rehat! Saya amat memerlukan waktu untuk diri sendiri. Kesimpulannya, KAMI perlu pergi bercuti!

Tapi.. kemana ekk??

Haiishhh!!!