Wednesday, February 3, 2010

Hidup sungguuhhh bosannn....

~ Langsir ni memula tgk gelap, lama2 dah pasang cantek la plak ~ ;)

Tgk title pun dah tau ape kan? Ye, mmg hidupku kini dilanda kebosanan. Melaksanakan rutin harian yang sama setiap hari mmg membosankan..

5.20 am : Bangun pagi + mandi + solat + siap
6.15 am : Hantar baby ke rumah PIL
6.45 am : Bertolak ke ofis
7.15 am : Sampai ofis + bfast
8.00 am : Start keje.. + bla.. bla.. bla..
5.30 pm : Habis kerja
6.30 pm : Ambil baby + dinner
8.00 pm : Sampai rumah + solat + basuh baju + lipat baju
9.30 pm : Tidokan baby + kadang2 tertido terus sampai pagi..

Mcm ni lah kehidupan saya setiap hari bekerja. Sungguh membosankan kan?? Walaupun dengan kehadiran baby sedikit sebanyak dapat menghilangkan perasaan stress dan penat bekerja seharian, tapi tetap tak mampu untuk menghilangkan kebosanan dalam diri sendiri. Saya sudah tidak punya waktu untuk diri sendiri. Tiada lagi istilah berehat dan bersenang-lenang dalam kamus hidup saya. Hidup penuh dengan tanggungjawab yang sentiasa tak habis2. Kadang2 bila mental dan fizikal tak selari, boleh jadi stress dibuatnya.

Apa yang saya perlukan skrg? Ya, saya perlu kan rehat! Saya amat memerlukan waktu untuk diri sendiri. Kesimpulannya, KAMI perlu pergi bercuti!

Tapi.. kemana ekk??

Haiishhh!!!

2 comments:

ch@ said...

bercuti??? haaa...tanya bro shaizhar, tak pun tgk blog dia, smua tmpt pun menarik tau :p

Airizz said...

tu la, tak tau nak gi mana ni.. huhuh

Post a Comment