Tuesday, March 30, 2010

If you think...

"If you think I'm cute, you should see my mom"

Cute kan?? Dapat lagi baju yang dibeli. Suke gile baju ni sbb ada ayat best camni. Mmg puas hati tapi baju agak besar sikit, so kene tunggu Sofea besar sikit baru boleh pakai.. Hehe..

Ni tgh berkira2... mcm nak ceburi bisness online jual baju baby la.. sbb tgk blog n website jual baju baby, sambutannya mmg luar biasa giler... pergghh... best best... tapi err... "Syg, nak modal boleh?" hehe..

Friday, March 26, 2010

Contest : Muka Garang Si Kecil


Nama Penuh : Sofea Nabiha Bt Mohd Rizza Azrim
Nama Manja : Sofea
Tarikh Lahir : 14 Oktober 2009
Nama Ibu : Aida
Nama Bapa : Rizza
Email : aida323[at]gmail.com

•Jadi follower blog ni (terima kasih :P) - DONE!
•Copy banner kat atas dan letakkan kat side bar blog memasing berserta link ke en3 ini - DONE!
•Upload sekeping gambar anak yang umurnya antara 1bulan ke 3 tahun (muka kena serius or garang ye..) - DONE!
•Sertakan sekali nama penuh dan manja anak, tarikh lahir, nama ibu bapa dan email untuk dihubungi - DONE!
•Dah siap semuanya, tinggalkan komen kat entry ini berserta link sekali - DONE!

*First time join contest macam ni. It's only just for fun! ;)

Thursday, March 25, 2010

Dan lagi...

Dua hari lepas dapat bungkusan lagi. Kali ni dibeli daripada Mayangsari.

Lama giler aku usha baju ni.
Akhirnya dapat jugak cari harga yang ditawarkan paling murah.
Hahaha! Puas! :p

Macam biasa, ini budak tomey kene paksa try-test baju baru.
Oh ya, sila abaikan diapers yang digunakan. Hahaha!

Baju cantik.. Design lawa...
Material bagus... Jenama branded la jugak..

Tapi...
Kenapa size 18-24months muat2 jer utk budak tomey ini?
*Ibunyer saje beli saiz yang agak besar supaya dapat pakai lama...
Padahal budak tomey ini belum pun masuk 6 bulan?
Atau sebab budak tomey ini gemuk berisi
atau
cutting baju tu yang kecik?

Ish, tak puas hati sikit laarrr.... !

Tuesday, March 23, 2010

Lagi Gila....

Beli lagi!! Gila!
Yaa... aku sudah gila!
Macam sudah gian.
Dan kini makin menjadi-jadi!
Adooiiii !!

Dan inilah mangsanya! Haha.. puas hati aku! :p


Sumber belian adalah daripada sini.

Dan hari ini.. aku masih membeli-belah lagi!.. @#$%^&*!

Wednesday, March 17, 2010

Vacation

Kalau pegi kenduri kawen sahabat diluar kawasan boleh dikira pegi vacation tak? Hehe.

Alkisah weken lepas kami anak-beranak ke kenduri kawen sahabat opismate di Ampang, then kami terus shoot ke Jerantut, Pahang. Dua2 sahabat kawen. Kenduri kawen di Ampang kami pergi awal. Jemputan pun tak ramai tiba lagi, so takdela si kecik tu meragam. Tambah cuaca pulak sekarang ni tak menentu. Lepas makan jumpa pengantin kat dalam. Aiseh, pengantin belum siapla. Tengah bersolek lagi. So tak dapatla bergambar bersama pengantin.

Dalam pukul 12.30, kami minta diri dan terus bertolak ke Jerantut, Pahang. Ada kenduri kawen juga keesokkan harinya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam (berhenti setengah jam di R&R Temerloh). Kemudian kami exit di Chenor dan terus menuju ke Tekam, melalui jalan Felda Jengka. Jalan sungguhla teruk. Terlompat-lompat saya dan Sofea di pangkuan saya di tempat duduk belakang, sungguh tak selesa. Kesian betul kat si kecik sorang tu. Mesti sakit-sakit badan.

Akhirnya dalam pukul 4.40 ptg kami selamat tiba di Felda Residence Tekam. Tempat penginapan kami. Sungguh jauh di hujung ceruk benua Pahang. Adooii!! Sakit pinggang i tauuu!!

Arrghh.. penatnyerr sayerrr!!

Si Sofea tu sampai2 je dalam bilik terus guling-guling atas katil. Sakit badan agaknya lenguh duduk dalam kete lama sangat. Kesian dia. Petang tu kami bersiap2 untuk keluar jalan-jalan di sekitar Bandar Jerantut. Maklumlah, kami tak pernah sampai ke sana. Perjalanan pun amek masa dlm 20 minit juga. Jalan sungguhla teruk. Terlompat-lompat lagi. Aduss. Bandar ni takde lah happening sangat.

Masa kami sampai di bandar tu pun, hari dah hampir senja. Jadi kedai-kedai banyak yang dah tutup. Kami pun takdelah turun singgah mana-mana kedai pun. Kedai makan pun takde yang menyelerakan. At last kami patah balik ke Tekam untuk dinner. Tapi Si Sofea dah tertido pulak, jadinya kami hanya tapau makanan dan makan di bilik saja.

Pagi esoknya, kami bangun awal untuk breakfast. Terpaksa kejutkan Sofea pagi2. Sian dia. Dengan tak mandinya, kami menuju ke cafeteria. Makanan yang disediakan takdelah banyak mana. Cukuplah. Cuma yang bestnya, sepanjang berada di cafeteria, Sofea asyik tersenyum jer. Pantang nampak orang, mesti senyum. Sampaikan makcik-makcik dan budak-budak kat situ suke tegur dan mengagah dia. Alahai, ramah betul anak ibu nih! :)

Sempat juga kami singgah di swimming pool. Tengok je tapi tak mandi pun. Cuma Sofea seronok sangat bila saya celupkan kaki dia dalam air pool tuh. Sungguh teruja anak dara comey tu main air. Huhu...

Kami check out dalam jam 12 tengahari. Terus menuju ke Felda Lepar Utara 1 untuk ke kenduri kawen sahabat hubby. Perrghh.. jauh giler. Jalan lurus, tak rata, terlompat-lompat lagi, naik turun bukit. Rasa macam nak pegi ke hujung dunia yang tak sampai-sampai! Dalam sejam kemudian baru kami sampai. Cuaca panas sangat-sangat. Berpeluh-peluh Sofea. Sungguh tak selesa. Tak lama di situ, kami minta diri dan bertolak balik ke KL.

Tobat tak kan ke sana lagi. Huhu...

I need a vacation! A REAL vacation! Nexxttttt!!!!!... Coming soon in May :) Insya-Allah...

Friday, March 12, 2010

Model Nasi Ayam..

Bulan lepas semasa perjalanan balik ke kampung di Melaka, kami singgah makan di sebuah restoran Nasi Ayam Gemas. Sape orang Johor mesti tau nasi ayam ni adalah favourite makanan di Gemas. Tapi kami taklah pergi sampai ke Gemas semata2 nak makan nasi ayam ni. Kami cuma singgah di salah satu branchnya yang terletak di Senawang, N9.

Leka makan sampai kami terlupa nak snap gambar restoran ni. Sungguh cantik susun atur restoran ni ditambah dengan pilihan untuk ruang makan di luar atau di dalam yang ber air-cond. Menu yang ada hanyalah nasi ayam sahaja. Dah nama pun restoran nasi ayam, so mestilah jual nasi ayam jer kan. Hehe. Tapi nasi ayam ni mmg special. Nasi yang sedap, ayam yang agak2 garing dan sup yang best. Kalau lapar sgt kene lah order extra nasi sebab nasi yang diberi agak ciput sikit.

Bukan nak cite pasal menu asalnya, tapi nak cite pasal servis yang diberikan. Kebanyakkan restoran yang kita pergi mesti ada sediakan kerusi makan untuk kanak2 kan? Restoran ni macam tu gak. Ada kerusi makan untuk kanak2 tapi yang bestnya untuk bayi mereka juga sediakan 'car seat' yang boleh diletakkan di atas meja makan. Jadi kami dapat makan dengan enjoy!

Tapi... Oh tidak! Tak sampai 5 minit duduk dalam 'car seat' itu, Sofea mula menangis. Dia tak suke gamaknya dok dalam mende alah tuh.. Alahai anak ibu...

Note : Barang yang saya shopping dah selamat tiba semalam .. yeahhooo.. best, best!!

Tuesday, March 9, 2010

Kan dah kata...

Kalau mengikut entry saya yang lepas-lepas, saya mmg sudah giler shopping online. Bukan shopping barang2 saya, tapi shopping brg2 berkaitan baby. Sejak ada anak ni, brg2 saya sudah jatuh tempat ke-2, tempat pertama adalah brg2 si kecik tu.

Setiap hari, sampai je ofis, website pertama saya akan buka adalah website online shopping (sila rujuk senarai 'fav online shopping' di ruang sebelah). Hari-hari. Dari pagi sampai ke petang. Saya tak kan jemu surf. Mana tau kot ada brg2 yang boleh dibeli. Ahaks!

Dan kali ni, saya nak shopping lagi. Bukan saja2 nak beli. Tapi ada kegunaannya dan yang paling penting, On Sale! :)
Nursing Poncho ~ blouse boleh digunakan untuk menyusukan anak di tempat awam :)
(saya mmg ada masalah menyusukan anak di shopping complex)

Head Support ~ boleh letak dalam stroller / car seat

Buku panduan ~ boleh dijadikan panduan dalam penyimpanan susu ibu :)

Dan akhir sekali..

Wrist & Ankle Rattle ~ mainan sesuai untuk baby berumur 5 bulan :)

Saya membuat semua pembelian di sini.

Wednesday, March 3, 2010

Takde ape..

Sebenarnya nak updet, tapi tetibe trus blur tak tau nak updet ape kat sini. Cerita byk tapi mcm dah basi. So nak cite pun dah takde feel.. Hehe..

Tapi, takpelah, cite dah basi pun, tetap nak cite gak.. hehe.. Eh tapi takde la nak cite ape pun, just nak tepek gambar je lah... Gambar sekitar Majlis Aqiqah Sofea bulan lepas yang di shoot oleh OP kami iaitu mattranggie (OP yang sama pada majlis perkahwinan kami dulu).. Hanya majlis yang sederhana yang dihadiri sanak saudara dan jiran tetangga sahaja...

Akhirnya, terabadinya kenangan di sini..