Friday, March 12, 2010

Model Nasi Ayam..

Bulan lepas semasa perjalanan balik ke kampung di Melaka, kami singgah makan di sebuah restoran Nasi Ayam Gemas. Sape orang Johor mesti tau nasi ayam ni adalah favourite makanan di Gemas. Tapi kami taklah pergi sampai ke Gemas semata2 nak makan nasi ayam ni. Kami cuma singgah di salah satu branchnya yang terletak di Senawang, N9.

Leka makan sampai kami terlupa nak snap gambar restoran ni. Sungguh cantik susun atur restoran ni ditambah dengan pilihan untuk ruang makan di luar atau di dalam yang ber air-cond. Menu yang ada hanyalah nasi ayam sahaja. Dah nama pun restoran nasi ayam, so mestilah jual nasi ayam jer kan. Hehe. Tapi nasi ayam ni mmg special. Nasi yang sedap, ayam yang agak2 garing dan sup yang best. Kalau lapar sgt kene lah order extra nasi sebab nasi yang diberi agak ciput sikit.

Bukan nak cite pasal menu asalnya, tapi nak cite pasal servis yang diberikan. Kebanyakkan restoran yang kita pergi mesti ada sediakan kerusi makan untuk kanak2 kan? Restoran ni macam tu gak. Ada kerusi makan untuk kanak2 tapi yang bestnya untuk bayi mereka juga sediakan 'car seat' yang boleh diletakkan di atas meja makan. Jadi kami dapat makan dengan enjoy!

Tapi... Oh tidak! Tak sampai 5 minit duduk dalam 'car seat' itu, Sofea mula menangis. Dia tak suke gamaknya dok dalam mende alah tuh.. Alahai anak ibu...

Note : Barang yang saya shopping dah selamat tiba semalam .. yeahhooo.. best, best!!

2 comments:

ch@ said...

bdk baya cikFea ni, mana nak dah baring je, dia bosan...

Airizz said...

tu la pasal.. huhuuh

Post a Comment