Wednesday, March 17, 2010

Vacation

Kalau pegi kenduri kawen sahabat diluar kawasan boleh dikira pegi vacation tak? Hehe.

Alkisah weken lepas kami anak-beranak ke kenduri kawen sahabat opismate di Ampang, then kami terus shoot ke Jerantut, Pahang. Dua2 sahabat kawen. Kenduri kawen di Ampang kami pergi awal. Jemputan pun tak ramai tiba lagi, so takdela si kecik tu meragam. Tambah cuaca pulak sekarang ni tak menentu. Lepas makan jumpa pengantin kat dalam. Aiseh, pengantin belum siapla. Tengah bersolek lagi. So tak dapatla bergambar bersama pengantin.

Dalam pukul 12.30, kami minta diri dan terus bertolak ke Jerantut, Pahang. Ada kenduri kawen juga keesokkan harinya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam (berhenti setengah jam di R&R Temerloh). Kemudian kami exit di Chenor dan terus menuju ke Tekam, melalui jalan Felda Jengka. Jalan sungguhla teruk. Terlompat-lompat saya dan Sofea di pangkuan saya di tempat duduk belakang, sungguh tak selesa. Kesian betul kat si kecik sorang tu. Mesti sakit-sakit badan.

Akhirnya dalam pukul 4.40 ptg kami selamat tiba di Felda Residence Tekam. Tempat penginapan kami. Sungguh jauh di hujung ceruk benua Pahang. Adooii!! Sakit pinggang i tauuu!!

Arrghh.. penatnyerr sayerrr!!

Si Sofea tu sampai2 je dalam bilik terus guling-guling atas katil. Sakit badan agaknya lenguh duduk dalam kete lama sangat. Kesian dia. Petang tu kami bersiap2 untuk keluar jalan-jalan di sekitar Bandar Jerantut. Maklumlah, kami tak pernah sampai ke sana. Perjalanan pun amek masa dlm 20 minit juga. Jalan sungguhla teruk. Terlompat-lompat lagi. Aduss. Bandar ni takde lah happening sangat.

Masa kami sampai di bandar tu pun, hari dah hampir senja. Jadi kedai-kedai banyak yang dah tutup. Kami pun takdelah turun singgah mana-mana kedai pun. Kedai makan pun takde yang menyelerakan. At last kami patah balik ke Tekam untuk dinner. Tapi Si Sofea dah tertido pulak, jadinya kami hanya tapau makanan dan makan di bilik saja.

Pagi esoknya, kami bangun awal untuk breakfast. Terpaksa kejutkan Sofea pagi2. Sian dia. Dengan tak mandinya, kami menuju ke cafeteria. Makanan yang disediakan takdelah banyak mana. Cukuplah. Cuma yang bestnya, sepanjang berada di cafeteria, Sofea asyik tersenyum jer. Pantang nampak orang, mesti senyum. Sampaikan makcik-makcik dan budak-budak kat situ suke tegur dan mengagah dia. Alahai, ramah betul anak ibu nih! :)

Sempat juga kami singgah di swimming pool. Tengok je tapi tak mandi pun. Cuma Sofea seronok sangat bila saya celupkan kaki dia dalam air pool tuh. Sungguh teruja anak dara comey tu main air. Huhu...

Kami check out dalam jam 12 tengahari. Terus menuju ke Felda Lepar Utara 1 untuk ke kenduri kawen sahabat hubby. Perrghh.. jauh giler. Jalan lurus, tak rata, terlompat-lompat lagi, naik turun bukit. Rasa macam nak pegi ke hujung dunia yang tak sampai-sampai! Dalam sejam kemudian baru kami sampai. Cuaca panas sangat-sangat. Berpeluh-peluh Sofea. Sungguh tak selesa. Tak lama di situ, kami minta diri dan bertolak balik ke KL.

Tobat tak kan ke sana lagi. Huhu...

I need a vacation! A REAL vacation! Nexxttttt!!!!!... Coming soon in May :) Insya-Allah...

0 comments:

Post a Comment