Friday, September 24, 2010

Salam Aidilfitri

~Sofea adalah orang yg pertama siap berbaju kurung di pagi raya~

Rasanya, masih belum terlalu lambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua rakan2 blogger yg mengenali. Mmg saya akui saya mmg sudah jarang sangat update blog ini sejak aktif ber bisness online ni. Apetah lagi nak melawat blog kawan2 yg lain. *sigh

Raya hari tu, saya beraya bersama keluarga mertua pada hari raya pertama di Kajang. Selepas solat Aidilfitri, kami berkonvoi balik ke kampung sebelah mak mertua di Kota, N9. Tidur semalam di sana dan kami balik ke kampung family saya pula di Alor Gajah, Melaka. Perjalanan hanya mengambil masa setengah jam saja. Hehe.

Hari raya ke 3 dari Alor Gajah, kami terus zaasss ke Ipoh, ke rumah ibu saudara hubby. Kemudian bermalam di Tapah, juga rumah ibu saudaranya. Sempat la kami beraya ke 2,3 buah rumah saudara di sekitar Tapah & Kampar. Malam esoknya, pukul 8.30 malam kami zass balik ke Kajang, dan sampai di rumah hampir ke pukul 12mlm.

Hari selasa tu, kami lepak2 di rumah saja, sebab esoknya rabu saya sudah kerja semula. Pergi keja pun syarat jer, masih dalam mood raya lagi.. Huhuuu...

Macam mana raya anda? Mesti seronok kan... :)